Jun 25 2012

Wa-Na weddings! : Part 2

Published by at 7:21 PM under Where the heart is.

Sorry lah ye, blog akan dihujani dengan entry wedding tak akan habis-habis. Almaklum lah abang gua kelas gitu. Majlis sampai 3. Ni baru part 2 ye kawan-kawan. Tapi yang paling kelas dan ikut excited adik dia lah sibuk nak melaram juga.

Malam sebelum majlis.

Waktu inilah kita nampak semangat kekeluargaan. Pakcik Makcik bibik-bibik saudara mara, masing masing membantu. Seronok, macam kerja kilang. Masuk-masukkan jajan dalam goodies bag. Oh  terasa macam nak berhenti kerja lalu apply kerja kilang lagi syokkk. Buat kerja sambil gosip-gosip.

Anak bujang kena pasang bunga manggar *Kononnya* Tapi tak siap-siap. Berjam-jam bunga tak kembang kembang pun. Yang Pro juga kena datang membantu. Ewah.

Awal-awal pagi bebudak ini sudah beratur depan pintu, minta di make-up kan! Musykil haku. Punya lah merah lipstick I pakaikan, pucat semua akhirnya. Dia telan ke?

Hairstyle from James Poh. Awal-awal dah buat appointment! Hasilnya memang sentiasa awesome! Sengaja minta style korean girl yang rare gitu. HAHAHA ada hati korean bagai tak sedar diri makan cencaluk.

Bertempat di BPCC (Batu Pahat Convention Center) Cheh nama nak glamour.

Ini pula, mama kepada korean girls tadi. *ptuih* Mama kepoh gila tak tahu cemana nak bergambar dengan Tab. “Mana satu camera ni, mata nak tengok mana ni?”

Goodie bags hasil kerja last minute, 2000packs siap packing.

Yang paling digemari di kenduri kahwin adalah telur pindang. Itu wajib. Kami memang sentiasa mengekalkan adat-adat orang jawa pada majlis perkahwinan ini. Telur pindang, bunga mangga dan paluan kompang. Yang itu semua mesti ada.

Favourite I memang telur pindang. Kalau kenduri kahwin dapat telur pindang, memang I akan habiskan. Sorry lah beb kalau lu nak cakap harapkan muka je korea tapi kentut bau telur. ;p

Alahai yang menyambut tetamu macam tak ikhlas je.

Awesome cousin.

Versi Skema.

Hayat. Diyana. Hidayah. Eekin. Yun. Pengantin lelaki. Pengantin perempuan. Cikanot. Pareq. Korean Girl. NabilaJ

Awesome friends pun datang juga!

Versi gila.

Rutin question, “Awak bila lagi”

Coming Soon!

Dah standby jawapan awal-awal. Soon lah, tapi tak tahu bila. Iye, cara menjawap soalan kena confident. Itu penting.

Thank you Orchid Catering and Event Management. Makanan yang sedap, lauk yang cukup rasa, sambal goreng yang menggoda walaupun sedikit masin, tidak elok bagi yang mempunyai penyakit darah tinggi, layanan pelayan yang efisien walaupun sambil-sambil makan sambil snap snap gambar alih-alih tengok pinggan dah tak ada, pelayan dah kemas. -_-

Ayam dan daging yang empuk tetapi sudu kurang kualiti sehingga bengkok-bengkok dibuatnya. Diharap selain kerusi plastik ada juga disediakan kerusi yang besi yang kukuh kerana kawan saya yang berbadan besar kata kerusinya hampir patah dan terkangkang sewaktu dia duduk. Seram juga kot kot jatuh tertonggeng dekat majlis orang.

Pelamin cantik dan kemas. Aturcara majlis teratur. Pengantin cantik. Adik pengantin pun cantik. eh itu tak termasuk dalam pakej katering

Overall, kami semua berpuas hati. Jumpa lagi tahun depan. Eh macam setiap tahun je nak kahwin kahwin.

Sesiapa berminat, boleh hubungi mereka di Facebook Orchid Catering.

4 responses so far

4 Responses to “Wa-Na weddings! : Part 2”

  1. makjemahon 26 Jun 2012 at 1:38 AM

    hahhh!!
    kenapa kurussss!!

    [Reply]

  2. melati putehon 26 Jun 2012 at 9:08 AM

    kalau totin kawen jangan lupe jemput ye…hihi

    [Reply]

  3. Rozitaon 26 Jun 2012 at 11:52 AM

    bes nyer ntri ini. cepat tulis yg part 3 pulak totin

    [Reply]

  4. ikokoon 27 Jun 2012 at 3:07 AM

    Mula-mula segan nak tegur totin.

    Dah nak balik tu, baru tebalkan muka borak dengan cik totin.

    Totin, upload la gambo lagi. Rasa rugi plak tak ambik gambo dengan pengantin. Nak kejar masa waktu tu.

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |