Nov 01 2012

Trash Our Dress!!!

20 October 2012

Saja nak share pasal prewedding photoshoot hari itu. Mula-mula tak nak share. Tak surprise lah gitu. Tiba tiba terasa macam mungkir janji dekat diri sendiri. Tiba-tiba nak share juga. Tak kira. Kita memang tak pandai simpan rahsia. Ngee

Punyalah bangang nya, barang penting untuk photoshoot I tak bawa. Tertinggal bag make up dekat Johor. Itulah nyanyuk, penat balik dari oncall, terus ke KL tanpa memikirkan make up kit yang tertinggal semua. T_T Bila nak makeup terus gelabah habisssssss. Apa I buat?? Rushing pergi Jusco berdekatan terus beli Clinique make up set, yang basic jerla. Foundation, powder, eye shadow, blusher, lipstic ahaa lenjan je beli last minute. 10 minit shopping segera namanya. Make up dalam kereta, sementara tunggu photographers datang and tunjukkan location shoot.

Tengah tengah camwhore ada kereta sebelah menegur cis cis ganggu konsentrasi.
Sebenarnya tak ada effect pun makeup ke tidak. I bukan makeup tebal-tebal pun. Just nak cover muka mengantuk semenyih penat lepas oncall je. Ikutkan, photoshoot kali ini memang tak memerlukan make up pon.
Lokasi photoshoot terletak di rumah usang peninggalan siapa pun main redah je.
Photographers memang ramai. Jadi mereka gunakan setiap sudut rumah untuk shoot kami. Ada yang panjang bumbung rumah ini untuk dapatkan shoot dari atas. Sungguh-sungguh tak diorang? Photographer zaman sekarang banyak insurans kot!
Bancuh membancuh cat.
Trash Our Dress adalah konsep prewedding kami. Sengaja pilih konsep yang sempoi dan comot-lomot. Nampak lain daripada lain. Bosan tengok gambar prewedding tipikal yang romantik-romantik di taman, dindaa.. kandaaa burung pun turut menyanyi.
Barisan photographers, ada 8 orang. Semua sangat sporting! Sungguh-sungguh diorang ajar kitorang untuk dapatkan shoot yang awesome. Paling best bila adegan dari baju bersih ke baju kotor.
Waktu kami disimbah cat, holamakkkk macam redha jeklaa..!!
Kan dah kata, sia-sia je makeup.
Gambar sikit-sikit je boleh upload. Ni sisa gambar dalam handphone dan sebahagian daripada facebook photographers yang upload teaser. Kalau nak tengok yang full version, jemput datang time wedding! ;p

Team photographers

Official Photographer: Yuzairi Yusof

Official website: yuzairiyusof.blogspot.com

Team Photographer: Lookitlove Photography

Facebook: http://www.facebook.com/pages/LOOKitLOVE-photography/165498946854337

Sebenarnya untuk dapatkan photographers yang boleh buat konsep cenggini tak banyak. Susah nak cari yang betul-betul cooperative. Kena dapatkan photographers yang gegila dan senang nak bekerjasama. Barulah tak kekok dan hasilnya memuaskan hati.

Lama juga I study untuk cari photographers bersesuaian for our prewedding shoot, solemnization, reception. Bila tengok gaya derang shoot and konsep yang unik-unik terus berkenan! Price? korang jangan terperanjat bila I bagitahu harga diorang yang sangat sangat berpatutan!

Official photographer pada photoshoot prewedding I adalah Yuzairi Yusof dari team Lookitlove Photography. Sebenarnya Yuz ini kawan-kawan zaman muda mudi. Bila dah kenal dia, senang sangat nak bekerjasama. Dah lama usha hasil kerja tangan dia tapi tak berani nak shoot dengan dia sebab professional sangat ehehehee. Maklumlah dari team besar, kita ni cecikai je posing pun masih kaku kaku ubi kayu. ;p

Sesiapa yang dapatkan photographer yang superb, I suggestkan cari photographer dari team Lookitlove!

6 responses so far

| |