Mar 31 2016

Totin nak merapu kejap.

Published by at 12:43 PM under I'm just rambling.

Akhir tahun lepas, masa renew domain and hosting blog ni, terus tanamkan semangat untuk rajin update blog. Tak mahu membazir membayar domain dan hosting lagi. Tidak mahu berperangai begitu. Membazir kan amalan syaiton.Tapi macam biasa seperti tahun-tahun sebelum ini, impian dan angan-angan bagaikan angin bayu sahaja. Tergerak nak buka blog, ya Allah dah bersawang rupanya. Lama betul tak update. Maafkan ku my “Whateverlife” !

Cak ini lah Totin sekarang. Hasil menabung, dah memiliki sebuah Ferrari berwarna Pink. Wakaka ok tipu sahaja. Mestilah kereta pinjam. Jangan salah faham Totin tiada kaitan pada sticker kereta itu yer.

Banyak benda yang berlaku dari awal tahun hari tu. Totin buat overview jeklah ye memandangkan sekarang dah bulan 3, nak cerita semua macam sebuah buku novel pula nanti. Life is good.  ok dah. Tu je kesimpulan untuk semua yang berlaku sejak awal tahun 2016 wakakka.

Ok jangan terasa hampa dengan pembacaan blog ini. Relaks saja kita chill-chill sahaja ok? Tahun 2016 ni memang I busy sedikit. Tiba -tiba terasa nak jadi sangat berdedikasi dengan kerja. Tiba-tiba bermatlamat tinggi untuk mencapai reten-reten dan kpi klinik yang cemerlang. Tiba-tiba tejebak untuk menjadi pelajar dalam bidang kepakaran Kesihatan Awam. Argh semua ini berlaku secara tiba-tiba sehinggakan masa tidak mengizinkan ku untuk menulis blog seperti dahulu lagi.

Selain komitmen kerja, siapa yang kenal Totin Jamain mesti tahu Totin Jamain adalah penggemar melakukan pelbagai perkara. Mengenai dengan business butik di Johor, tiba-tiba kena capai target sale. Kalau dulu kena uruskan advertising nampaknya sekarang sudah ada staff bahagian advert! Yeah kurang satu bebanan. Siapa yang belum pernah datang butik Totin dekat JB tu korang outdated! cheh tak pepasal. Kekeke.

Bagi yang merindui ku. Terimalah gambar selfie Totin Jamain -_- Haha, shawl instant iris dari Owl By Nora Danish ni paling senang dan selesa nak pakai. Kena dengan bentu muka ku yang bulat macam bakso ini. Kalau berminat boleh dapatkan dekat butik Totin, Grandeur Butik, Bandar Baru Uda, JB ok? Harga kasih sayang I bagi ok? (Sempat lagi buat advertising)

Haaaaaaaaaa. Bila last buka blog tengok last entry Percutian Gold Coast, Morib. Cheh berzaman betul. Padahal bulan dua aritu dah pergi ke Hongkong. Kemain best lagi tau. Tak sempat nak cerita panjang lebar. Nanti I update entry pasal HongKong trip lebih details eh? Especially yang nak tau berapa total perbelanjaan sepanjang di HongKong dengan percutian Dreamtrips Totin ni. Jeng jeng jeng. Surprise!!!!!!!!!!!! [ Kalau nak cepat, boleh baca dekat blog passportbiru.com ]

Nah gambar terbaru Aurora si comot mulut becok. Dia kata dia tengah makan lollipop. Gasak kau lah nak.

Okay uolss, selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal berkunjung tiba. Kakaka awal betul dah wish. Sebab tahu dah, penyakit terlupa nak update blog ni semakin menjadi-jadi.

4 responses so far

4 Responses to “Totin nak merapu kejap.”

  1. schazazaon 01 Apr 2016 at 11:22 AM

    doc… update la jugak pcutian kita ke kuantan dan jjcm tu… gmbr byk kat doc tau…
    hahahahahah~

    [Reply]

  2. Niejaon 15 Apr 2016 at 1:21 PM

    dah bsar rora.. rindunyaaa
    lama x jumpaaa

    [Reply]

  3. nora danish baek gileron 04 Jul 2016 at 3:35 PM

    Aku rasa Nora ni cantik
    Nedim ni baek
    Nedim sesuai dengan Nedim
    Aku lagi sesuai dengan Nedim ni. kehkeh
    Kenapa Nora buat adinda macam ni? kehkeh

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    dah kenapa?

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |