Jun 17 2011

Tips menghilangkan tahi lalat tanpa operation!

Published by under How to look beauty?

Banyak-banyak tahi, tahi apa yang tak najis?

Betul, tahi lalat! Walaupun tak najis, tapi kadang-kadang kita nak hilangkan juga. Kita rasa tahi lalat kita annoying kalau tiba-tiba tertempek dekat tempat yang tidak sepatutnya. Tak guna punya lalat. Suka berak merata-rata. Eh eh tak, jangan salah faham ye adik-adik. Takut salah tafsir pula. Tahi lalat bukan diberakkan oleh lalat. Ia adalah sejenis tumor jinak pada kulit.

Sekarang ini dah banyak cara untuk menghilangkan tahi lalat. Laser sana laser sini. Asalkan ada duit, semua boleh buat. Tapi masalahnya, bagaimana kalau tidak ada duit? Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Takkan nak kumpul duit semata-mata nak buat operation buang tahi lalat? Lalat dengar pon boleh ketawa terkekek-kekek.

Jangan khawatir. Jangan Khawatir. Ada cara untuk menghilangkan tahi lalat tanpa sebarang operation! Penggunaan duit sedikit sahaja. Lalat takkan ketawa punyalah. Gerenti.

Bahan-bahan yang diperlukan. (Eceh, macam nak memasak pula)


Kapur Sirih

Sabun Cream

Cara-caranya.

1. Baca Bismillah. Hehe, Iyalah, setiap perbuatan kita mulakan dengan bismillah.

2. Celet sedikit kapur sirih dan sabun cream dalam sudu makanan. Adukkan sehingga sebati. Eh, dalam bekas kecil apa-apa pun tak kesah. Yang penting sikit sahaja. Kau nak sapu tahi lalat bukan nak buat masker wajah. -_-

3. Guna cotton bud / pencungkil gigi untuk mencoletkan campuran tadi ke atas tahi lalat dan ratakan sekitar tahi lalat itu. Make sure it’s tahi lalat. Bukan daki di badan. Kekeke.

4. Tunggu sampai kering.

SAMPAI KERING. Maksudnya tak ada istilah cuci setelah itu. Biarkan sahaja ia menempel. Proses pengeringan mengambil masa lama, dan akan terasa perih. Bila perih. Kau jerit je. Tak payah buat apa-apa. Beauty is pain kan? So yeah, keperihan yang dialami tersebut timbul kerana akar-akar pada tahi lalat seolah-olah terangkat dan mati. Nanti tahi lalat akan terkelupas sendiri.

Mostly, orang kata tidak meninggalkan bekas luka. But sometime akan meninggalkan parut bekas tahi lalat tetapi akan hilang juga, cuma ambil masa sedikit lah. Take times lah beb, kata nak cantik? Tetapi hakikatnya, I tak pernah cuba. Dapat tips daripada rakan-rakan skin doctor dari Indonesia!

INGAT.

Jangan buat-buat lupa.

Cara ini hanya untuk tahi lalat biasa (tumor jinak). Jika anda dapati tahi lalat anda basah, mudah berdarah, gatal atau sakit, segera dapatkan rawatan di doktor berhampiran. Jangan pandai pandai nak letak kapur sirih lah, kapur kasut lah apa. Haip!

Untuk lebih selamat, tidak digalakkan tahil lalat pada wajah. Kulit wajah terlalu sensitif. Perlu lakukan rawatan atas nasihat doctor.

Selamat Mencuba!

75 responses so far

| |