Apr 20 2010

Tips kurus.

Published by under How to look beauty?

Hah mesti ramai berebut-rebut nak baca entry kali ini. I tak akan bagi tips kurus yang mesra google macam makan buah epal hijau, minum air teh hijau, exercise setiap pagi lah apa. Itu semua orang tau, kan? Tak perlu lah I ulang banyak kali.

Berat badan I memang susah nak naik. My weight didn’t go up, even I eat like a monster. I kena makan banyak macam haram, baru nampak perkembangan sedikit. Oh kadang-kadang bila I rasa I sudah gemuk, I just need to skip my dinner for 1day je, I dah boleh turun 1kg. Hah senang bukan? Berdasarkan daripada penelitian kawan-kawan I (okay ini kawan-kawan medic yang jenis otak bergeliga so I rasa masuk akal lah), katanya salah satu faktor adalah kerana I makan slow sangat.

Setiap kali I makan bersama kawan-kawan, mereka akan mengambil masa lebih 30minit hanya menunggu I menghabiskan makanan. Setiap suapan nasi, I mengambil masa lebih 25kali kunyah. Okay memang bosan menunggu I makan. Lagi-lagi bila makan, I suka berangan. Macam, makan sambil termenung… haa Itu boleh mengambil masa 1 jam untuk menghabiskan 1 piring nasi. Heheh.

Disebabkan I jenis kunyah banyak, I mempunyai masalah malas makan sebab penat nak kunyah. Releven kan? Kunyah banyak –> malas makan –> Jadi kurus. Kesimpulannya, makan pelan-pelan. Jangan gelojoh. Selain nampak sopan, dapat kuruskan badan. Asikkkk kan?

Heh okaylah, I merapek apa lah kalini.

Waktu untuk show off. Terimah gambar nongkrong I sebentar tadi di Coklat Cafe.

45 responses so far

| |