Jun 27 2011

Tips berhubungan seksual yang sihat.

Published by at 6:22 PM under It is all about health!

Topic hari ini 18sx sikit. Saspen tak? Cheh, dah lama tak tulis blog, tiba-tiba buat comeback dengan 18sx. Siapa bawah umur sila ketepi. Shuh-shuh.

Pernah tak kita berada dalam situasi ini. Nak terkencing banyak-banyak kali, jalan pun terkempet-kempet. Dah kencing tapi nak kencing lagi. Bila kencing terasa sakit sakit gitu. Kadang-kadang kita anggap ini benda remeh. Tapi bila penyakit dah sampai merosakkan buah pinggang kita, baru hendak menyesal. Buah pinggang tak ada jual dekat kedai 7eleven!

Kita namakan penyakit ini, URINARY TRACT INFECTION. Yeah, penyakit tipikal orang perempuan. Orang lelaki pun boleh terkena juga tapi sebab tiub dia panjang, so dia terselamat sedikit lah. Bacteria semput sikit nak masuk dalam tiub lelaki. Semput? Haaaaaaaaa!~

Oke merapek je aku ni. Serious balik.

Memang cara ubatinya mudah. Makan antibiotics, Ural Sachet dah beres. Symptoms pon hilang. Tetapi cara mencegah nya macam mana? Kita senang nasihat orang, jaga hygine! Jaga kebersihan kawasan sulit kita. Tapi bagaimana?

Kuncinya adalah..

Kencing dahulu setiap kali sebelum dan sesudah kita berhubungan seksual dengan pasangan kita.


Teliti gambar di atas. Bila kita kencing, kita akan membuang segala bacteria jahat di pundi kencing kita. Cuba kalau kita tak kencing? Bila kita berhubungan, sekaligus bacteria akan jalan-jalan dan lompat-lompat dekat situ-situ kita. Lepas itu kita biarkan sahaja. Bacteria buat perkampungan dalam pundi kencing kita. Meriahnya amboi.

Sekarang dah tahu cara mencegahnya bukan?

Apalagi.

Please share this info with others okey!

Jangan lokek-lokek. Haip!

14 responses so far

14 Responses to “Tips berhubungan seksual yang sihat.”

  1. eqaon 27 Jun 2011 at 6:47 PM

    kalau tak pernah buat hubungan kelamin tu, ade ke cara pencegahan lain?. I’m still a virgin, tp ade masa tu ade je rasa nak kencing lagi even dah kencing.. -_- Thanks siss!~

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    1.Selalu cuci bahagian sulit kita dari depan ke belakang. Bukan dari belakang ke depan. Bahagian belakang(anus) banyak bacteria, so cara cucian kena betul.
    2.Jangan tahan kencing.
    3. Jaga kebersihan disitu.

    [Reply]

  2. Cikzetyon 27 Jun 2011 at 7:43 PM

    Info yang bagus 🙂

    [Reply]

  3. Nhazirahon 27 Jun 2011 at 8:02 PM

    Dr totin, bila saya tgk http://www.youtube.com/watch?v=ztXsSx0_87I&feature=feedlik aka Bubz beauty ni, pergh teringt gila kt dr. hehehe jgn marah, out of topic.

    [Reply]

  4. aijaon 28 Jun 2011 at 4:54 AM

    Aja pernah kene UrTI ni masa dah hujung2 trimester time pregnant dulu. Time tu baru discharge dari HSA. Ingatkan sakit contraction, sbb dah tak berkenan dgn servis HSA. tahankan sakit itu and balik Batu Pahat. Di hops Batu Pahat buat VE baru os 2cm, wat Urine test detect UTI. So doc bagi ubat and suh balik…
    So in conclusion, elakkan membuat VE berulang kali… sbb ia juga bleh menyebabkan UTI.

    [Reply]

  5. cinoion 28 Jun 2011 at 9:52 AM

    Good info. cewahhh nak juga cakap good info

    [Reply]

  6. fendyon 28 Jun 2011 at 12:55 PM

    tq totin..info yg sgt2 berguna…so kencing la dulu eh…kalau x nnti bacteria larix dan lompatx kat “situ”

    [Reply]

  7. eliyaezlinaliason 29 Jun 2011 at 9:14 AM

    mekasih doc bg free consultation! heeeee~~~

    [Reply]

  8. ain hamzahon 29 Jun 2011 at 4:05 PM

    erkk…info yg berguna tp not the time yet nak prektis..hehe..xkawen lg..huu

    [Reply]

  9. nurjon 29 Jun 2011 at 4:21 PM

    info bagus. saya pun penah kena. doktor bilang hati-hati kalau pergi tandas awam. kalau boleh jangan guna tandas duduk itu, sebab kotor. terpaksa bawa sanitizer ke mana-mana. hehe

    [Reply]

  10. remainlazyon 01 Jul 2011 at 8:15 AM

    semuanya kerana si Klebsiella dan E.coli…hahha
    nasib baik laki dikurniakan urethra yang lebih panjng dari pmpn!!!
    jgn jeles

    looking for people to follow my blog, I would love to follow yours!

    [Reply]

  11. syahoney kittyon 05 Jul 2011 at 5:05 PM

    good info! trimas~

    [Reply]

  12. hanifon 10 Jul 2011 at 9:42 PM

    Tip menarik….ramai org x amik endah psl ni

    [Reply]

  13. yekion 18 Oct 2011 at 3:38 PM

    salam sis, nak tanye jugak about this thing sebab saya pernah kene mcm ni. lepas banyak minum air baru hilang, kekadang tu sampai berhari. pernah jugak lepas having sex with my husband, keluar darah like spot mcm tu and thn jadi bende ni. kenapa eh? and kalau tengah jadi bende ni ade tak tips nak pulihkan dengan cepat?

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |