May 28 2010

Tips belajar ala Totin Jamain

Published by under Please don't give up!

Amboi amboi tak nak kalah. Macam ada je orang nak ikut tips belajar I. Masalahnya bukan apa, sejak bila I belajar? -_-

Http://formspring.me/totinx

Wah wah kalau minta tips belajar masa I SPM dulu, I boleh kasi. Sebab dulu, I akui memang agak rajin sikit. Sikit sahaja tak banyak. Tapi sekarang…. erk okay. Tak baik kita membezakan yang dulu dan sekarang. Mari I bagitahu rahsianya. Ewah rahsia tu tak bole blah sungguh.

Ambil Extra Class

Masa I Form 5 dulu, scedule I sangat full dengan extra class, tuisyen lah apa. I rasa semua subject I ambil extra class. Kalau tak salah, Isnin: Math , Selasa: English, Rabu: Kimia, Khamis: Fizik, Jumaat: Add math, Sabtu: Pend. Seni, Ahad: BM. Macam gitu la seakan-akannya. I pun lupa. I tak mengeluh pun kalau terpaksa pergi extra class waktu itu. I enjoyyyyyy. Maklumlah nama pun sekolah perempuan. Pergi extra class la chance untuk usha lelaki. Piwet piwet.

Baca buku kuat-kuat

Hah sampai sekarang I belajar macam ini. Sebab itu I tak suka duduk asrama. Cara belajar I pelik sikit sebab I tak pandai baca buku pelan-pelan dalam hati. Mesti end up dengan menyanyi lagu lagu pop masa kini di dalam hati! Abang I paling bengang kalau time I study dekat hall. Yelah dahla membaca buku sejarah kuat-kuat, dekat hall, depan TV. Mesti dia akan menjerit “kau belajar dalam bilik boleh tak?”.

Ada penelitian mengatakan (chewah siap baca research tu), belajar sambil membaca kuat-kuat dapat memudahkan kita meningat apa yang dibaca sebab selain mulut berfungsi, telinga turut mendengar.  Kan?

Buat semua buku latihan

yang dijual dekat syarikat buku itu. I rasa hobi I zaman sekolah sekolah dulu, suka sangat beli buku latihan. Maklumlah masatu mana pandai beli make up lagi! Hehe. Jadi setiap kali ada buku latihan yang baru, lagi-lagi dengan cover yang cantik, mesti I teruja. Buat sahaja latihan dalam buku itu, Kalau tak tahu buat, boleh tiru jawapan dekat belakang. ­čÖé I rasa masa SPM tu dekat 70% mesti pusing pusing soalan yang berkaitan dengan latihan yang kita buat.

Rewards yourself

Setiap kali buat sesuatu, I akan rewards diri sendiri. Okay contohnya macam ni. Kalau hari ini I berjaya habiskan study Sejarah, I akan beli ice-cream Paddle Pop . Hah sadis sungguh, nak makan ice-cream kena study dulu. Macam tu lah baru kita semangat nak study! Kita kena bagi habuan dekat diri sendiri setiap kali melakukan sesuatu yang susah buat kita. Macam motivate diri lah, kononnya.

Kuarantin!

Percaya tak, 2 bulan sebelum SPM, I kuarantin segalanya. I kuarantin dari pergi shopping mall, kuarantin dari buka radio (well, dulu I ada habit suka buka radio kuat-kuat dan melalak dalam bilik macam orang gila), kuarantin tengok TV, kuarantin dari segala aktiviti social. 2 Bulan oh. Lepastu yang kelakarnya, bukan sahaja I. Seisi keluarga pon I tak bagi pergi shopping mall, buka TV semua. Kah kah kah. Diorang terpaksa buka TV pelan-pelan, pergi mall senyap senyap. Kah kah kah macam lah I tatahu! -_-

Doa dan tawakal

Kalau dah usaha, jangan lupa pada yang SATU. Sebab Dia lah yang membantu. Alah tak perlu lah nak pergi masjid setiap hari. Cukuplah kita menunaikan kewajiban, banyak berdoa dan tawakal. Mama I selalu nasihatkan I, buat jahat macam mana pun, jangan lupa solat.  Setiap kali menempuh exam, I mesti puasa. And biasanya parents I pun ikut puasa. Masa I SPM dulu, seluruh rumah puasa. Abang, adik, jiran sebelah, sanak saudara semua puasa. Sebab masatu bulan Ramadhan. haha ok bye.

Ini antara tips luarbiasa I. Tips yang lain tu sama macam orang lain belajar.

Just a note to all students of Temenggong Ibrahim Girls School, who are going to sits for their PMR, SPM and STPM’s exam, good luck and all the best!!!!! Belajar dari sekarang. Jalan malas-malas. Heeeeepppppp!

Ini sahaja lah satu-satunya gambar I waktu sekolah dalam lattop ni. I rasa dah berapa kali I post entry letak gambar sekolah ni. -_-

Tips Riana Helmi

Wah Riana Helmi siap bagi tips. Siapa Riana Helmi boleh google sendiri. Alah ingat tak I kawan dengan doktor glamour paling muda se Indonesia yang berusia 17tahun itu? Katanya, waktu kecil-kecil, ibunya mengajar dia membaca. Jadi pada umur 4tahun, dia sudah pintar membaca surat khabar. Masa 4 tahun I baru belajar A B C X Y Z (Ok aleh aleh terus XYZ). Huruf yang tengah-tengah I tak pandai lagi. Jadi untuk yang sudah ada anak, didik dia untuk membaca dan mengenal huruf dulu. Bukan didik dia memegang pensil dan menconteng dinding. Ingat tu!

28 responses so far

| |