Nov 25 2010

The best food for brains!

Bukan ikan paten, ikan patimah entah ikan apa lagi, tapi ini ikan Salmon. Sebab apa orang Jepun bijak, cerdik dan pintar? Sebab mereka makan ikan Salmon. Sebab apa kulit orang Jepun licin tegang tidak kerepot-kerepot? Kerana ikan Salmon juga. Betul tak tipu! Ikan Salmon mempunyai minyak Omega-3 yang dapat mengurangkan partikel-partikel perosak kulit. Zat pada ikan Salmon ini sangat membantu otak kita, terutama sekali untuk pertumbuhan dan fungsi otak kita. Ahaaa! siapa ada anak kecil yang sedang berkembang, bagi dia makan ikan Salmon, esok bangun pagi terus hafal Sifir 12. Selain perkembangan otak, ikan ini hebat dalam mencegah terjadinya cancer payudara kita! Haaa power gila kan ikan ni?

Makan 1 periuk ikan Salmon pon tak apa, tak payah risau dengan kegemukan. Sebab Ikan Salmon rendah lemak! Nak masak secara apa pun boleh. Tapi jangan lah masak Salmon bakar pula sebab nanti hilang lah khasiat kesihatan ikan Salmon tu! [Fakta: Segala masakan yang dibakar adalah faktor utama terjadinya cancer.]

DSC06028_副本

Actually the point is, I dah pandai masak Ikan Salmon Barbeque yang sedap gila. Walaupun tak berapa cantik, tapi sedap! Diakui oleh seluruh masyarakat di dalam rumah. Itupun setelah paksa adik untuk cakap “SEDAP”, kalau tak, tak boleh makan! Bhuahahaha.

18 responses so far

| |