Jan 09 2010

Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata?

Paling tak suka bila ada nombor orang yang tak kenal telefon I. Lebih menyampah lagi bila I tanya, ini siapa? Jawapannya. ‘Adalah..’ – ‘RAHSIA’ – ‘Mau tau aja..!’ Eh eh menyampah betul lah. I dah tukar phone number, so I harap lepas ini sudah privacy. Tiada suara garau-garau lelaki menefon kecuali bapak sendiri.

Suatu hari..

XX : Hello dik……. (Suara garau tapi lembut dan halus)
T: Hello??? (Jawapan pelik sambil cuba mengenal pasti siapa di talian. Sejak bila abang aku panggil aku, adik?)
XX: Adik sekarang di mana? Sudah laku’in apa aja? *tengah buat apa tu?*
T: Boleh saya tau, Ni siapa ni? Dapat nombor dari mana? Suka-suka je telefon! No manners betul lah! (Marah-marah membabi buta)
XX: Sebentar sebentar. Ini DOKTOR T……….. Saya ingin tau perkembangan adik-adik disana.
T: gulp!

Nampaknya I sudah begitu kurang hajar dengan doktor specialist sendiri. T_T Okay jangan tanya I kalau tiba-tiba I tukar nombor telefon lagi. Malu punya pasal!

11 responses so far

| |