Aug 28 2010

Terbayang ketupat, rendang, dan sayur lodeh sambal kacang.

Published by under Ladies & Gentleman!

Tak nak baju raya, kasut raya, barang kemas musim raya, tak nak itu semua. Yang dimahukan hanyalah makan ketupat dengan sayur lodeh sambal kacang dan daging dendeng special dekat tempat korang tak special macam tempat I punya.

Ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Surgery Department kerana memberi kami CUTI 4 HARI dan membebaskan kami dari segala on call bersempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba. Sudah booked flight ticket yang super expensive yaw! Kelam kabut menggelabah dapat cuti last-last minute terus ulang alik buat surat imigresen nak balik Malaysia. Yabedabedu!

Orang Batu Pahat, jemputlah raya ke rumah! 🙂

15 responses so far

| |