Sep 22 2011

Tak ada tujuan.

Published by under I'm just rambling.

Hari-hari I akan tanya kengkawan, “Weh, nak update blog weh. Ada idea tak?” ; “Update lah pasal kerja kau” Nooo way. I hate my job and I won’t wrote anything related to my job. Like duhhhh. Dah lah seharian bekerja, balik kerja nak update blog pon takkan ingat kerja lagi? Sorrryyyyyyyy.

Every morning I wake up early. Very the early lah ayam pon tak berkokok lagi. Pagi-pagi akan race dengan apek cina jiran depan rumah. Tak tahu kenapa pagi pagi apek berambut putih penuh sekepala itu akan keluar seawal pagi. Mahu ke mana, entahlah.

Pulang ke rumah malam hari. Kalau awal-awal bulan hari itu pulang dalam pukul 11 malam. Tapi sekarang semakin awal. Sekitar jam 6 atau 7 malam? Err. Tetap aja cuaca sudah gelap gelita. Pengorbanan namanya. Balik kerja sudah penat. Otak tak boleh berfikir lagi. Blog nak update apa pun tak tahu.

Hari hari pergi kerja. Even hari Sabtu dan Ahad juga. Hari 1 Malaysia juga kena kerja. Bangla pun cuti pada 1 Malaysia. Eh siapa yang sebenarnya orang Malaysia pun I dah keliru.

Amboi amboi korang semua meriah sungguh berhari raya bercuti sakan 3 hari sempena Hari Malaysia ye. Haip. I cuma dapat pergi release tension di pantai Minyak Beku yang indah gila. Err jadi lah.

Thankyou soulmate bawa jalan-jalan penghibur lara. Soulmate aku nampak tangan, kaki dan sedikit cuping telinga sahaja. Maaflah.

Oh rupa-rupanya apek jiran depan rumah berambut putih yang selalu racing setiap pagi itu adalah boss I sendiri. Kalau lah dia tahu I lah yang selalu hon belakang kereta dia sebab dia lembab bawa kereta. -_-

Goodnight. Nak tidur, esok putaran hidup seperti biasa. Bulan ini kerja penat. Cepat lah hujung bulan. Nak gaji banyak sikit boleh? Fine, tak ada siapa layan.

14 responses so far

| |