Dec 28 2009

Soal jawap bersama…

Published by under I'm just rambling.

Doctor Totin. Eceh geli betul dengar. Tak macam poyo pulak kan. Oh I masih tak selesa orang panggil I doctor. Terasa macam apelah. Nak bagi ubat dekat patients pon curi-curi buka notes bawah meja. Kadang-kadang conteng dose ubat dekat tapak tangan. Hihihi.

Didie dari tintachenta.blogspot.com

Okay I cuba jawap. I belum pernah jaga neuro tapi berbekalkan ilmu sarjana, I try. Eh dah ada sarjana siot macam tak percaya. Nak jawap panjang-panjang ke nak jawap pendek-pendek? Soalan mencabar ni. I jawap berdasarkan prior knowledge sahaja ya.

MIMPI

Ha tau kan mimpi kita terjadi pada fasa REM (Rapid Eye Movement) biasanya 90minit selepas kita tertidur. Haa tipu lah kalau baru 5 minit tidur dah mimpi. tu olok-olok tu. Masa ni lah jantung kita akan berdegup kencang, pernafasan kita akan meningkat, haa sebab tu lah bila bangun tidur badan kita akan berpeluh-peluh, berbau masam. Perasan tak?

Cuci kaki sebelum tidur, nanti tidur mimpi-mimpi. Helleh tipu lah. I tak pernah pon cuci kaki sebelum tidur. Alamak kantoi. Kalau dari segi biologis, sel otak akan pecah dalam waktu 90 minit selepas kita tidur. Haa masa tu lah rangsangan akan dikirim ke dalam cortex otak kita secara random, sekaligus merangsang memori, sensory, saraf, dan kesedaran. Hadui terlalu berat nak jelaskan tapi tak apalah faham sikit-sikit pon ok la kan?

Hari ini I nak mimpikan you, my love! Eleh ayat manis . Macam lah kau boleh control nak mimpi siapa harini. Sebenarnya apa yang kita mimpi itu datang dari alam bawah sadar. Macam kebetulan. Semua ini bersangkut paut dengan perasaan kita sebelum tidur. Kalau perasaan kita tengah marah, kita boleh termimpi harimau baham anda. Mungkin? Kita boleh mimpikan orang yang kita cintai, hanya jika kita benar-benar menyintai dia. BENAR BENAR. kalau ayat manis macam tu, eleh!!

NGIGAU

Sebenarnya aktiviti otak kita masa mimpi sama sahaja sewaktu kita jaga. Cuma yang bezanya time kita tidur, signal yang dihantar sangkut dan kena block dekat saraf-saraf tulang belakang kita. Sebab tu badan kita tak ikut bergerak kalau kita mimpi. Seluruh badan kita akan kaku lumpuh total kecuali BOLA MATA kita sahaja. Haa cuba kita buka mata orang sedang bermimpi, mesti bergerak kesana kemari.

Tapi, kalau mimpi kita disertai emosi yang extravaganza, signal tu kadang-kadang dapat menembus saraf tunjang kita sehingga kita menjerit, tolonnnggg- tolonnngggg!! time tengah mimpi. I pernah tengok kawan I ketawa masa mimpi! HAHAHAHAHAHAHAHA. Kelakar siot ingat balik (:

p/s: Tipu betul kalau Bf anda telefon anda dan pura-pura ngigau sambil berkata ‘i love you’. Eh tengah ngigau siap boleh telefon? Hebat juga, kan Anis?

27 responses so far

| |