Nov 15 2011

S&N wedding.

Published by at 3:09 PM under Best Wishes!

Kalau pergi wedding, benda pertama adalah makan nasi minyak. Remember I said before, I memang penggila nasi minyak. Tapi sayangnya kalau pergi kenduri kahwin tak boleh ambil nasi minyak 2 kali tambah, jadi I akan gunakan sebaik-baiknya jemputan kenduri kahwin kawan-kawan untuk makan nasi minyak.

Untuk pengetahuan yang tak tahu, Batu Pahat punya nasi minyak memang awesome. Kalau pergi weddings dekat area selain Johor, nasi minyak sedap tetap di Batu Pahat. Tak percaya? Nanti datang lah kenduri kahwin I. Eceh.

Reason kedua ke kenduri kahwin adalah untuk bertemu sahabat. Masa ini lah kita jumpa kawan-kawan sekolah yang sebenarnya dulu waktu sekolah tak pernah tegur sapa pun. Tiba-tiba terjumpa dekat weddings, “heyy!! It’s been years since we met! Lama tak borak-borak! Cantiknya awak sekarang!” Teguran yang sungguh plastik. Lama tak borak? Rasanya macam tak pernah borak kot. Tapi tak apa, dimaafkan. Itulah namanya salam ukhwah.

Tudung purple adalah best buddy time sekolah-sekolah. Dulu dia skema pakai cermin mata bulat pergi sekolah, sekarang mata jadi warna cokelat. Cermin mata bulat dah tak ada.

Sesi sign autograph bajet diva.

Semua orang pakai misai, benda alah yang I pakai itu namanya janggot. Tapi I tak tahu kenapa tak macam janggut. Nampak macam apakebende entahlah. Amalina Ainaa berbaju kebaya biru di depan sekali. Dia bukan tertidur tapi dia sedang menirukan gaya Mr. Potato.

Bhuahaha. Suka-suka aku je. *larii.

Alamak excited tunjuk gambar orang, terlupa tunjuk gambar pengantin. Pengantin perempuan adalah rakan sekolah-sekolah. Pengantin lelaki orang Batu Pahat juga kalau tak salah. Sekarang ini trend mencari pasangan orang Batu Pahat. Kan kan kan. Eceh

Kami semua adalah senior Najwa Latif, Temenggong Ibrahim Girls School (TIGS). Sengaja letak nama Najwa Latif biar orang google nama tu, keluar blog ini. Kih kih kih.

Stunning nya.

Eceh mat romeo ini buat muka cute pula. Ini adalah bf kepada kawan I. Daripada dia terpinga-pinga tak tahu nak buat apa dan melihat aksi kami kehulu-kehilir, I bagi dia tugas pegang camera dan snap gambar kami sepanjang hari itu. Thankyou Abot. Jasamu dikenang sehingga ke akhir hayat. *Cellamak ayat aku.

Congratulations to Sh. Shahirah and Nasir.

Juga ucapan tahniah buat pasangan NoraJoey dan Afiez Azam. Sorry majlis you jauh sangat di Tawau, tak dapat nak datang.

Sekarang I letak satu part events di sidebar sebelah. Dari situ I akan updates event pengantin jemputan korang. Kalau berkesempatan I datang. Next events this 20th, wedding blogger Nieja Muhaimi di Setiu, Terengganu.

Siapa datang? Jumpa di sana!

16 responses so far

16 Responses to “S&N wedding.”

  1. syahoney kittyon 15 Nov 2011 at 3:18 PM

    pengantin lelaki macam muka member ai!

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    jangan jangan memang member you tak?

    [Reply]

  2. cikanoton 15 Nov 2011 at 3:27 PM

    kalau setahun dari sekarang leh letak tarikh tak kat event tu? hahahaha

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Bila cika bila. nak letak niiii. awal-awal i mintak cutiii

    [Reply]

  3. niejaon 15 Nov 2011 at 5:08 PM

    kena dtg wedding i!!

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    I datang nikah je tau. Time bersanding tak dapat datang sebab kena balik awal, malam ada wedding kawan emmet dekat kl..

    [Reply]

  4. ainaamyon 15 Nov 2011 at 6:49 PM

    amboi nak traffic je eh . 😛

    [Reply]

  5. Fazliaon 15 Nov 2011 at 9:47 PM

    skrang dah jadi trend amik gamba pkai ‘misai’ n chalkboard yea

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Iya kot. tiba tiba disuruh bergambar cenggini

    [Reply]

  6. cik suheelaon 16 Nov 2011 at 2:50 AM

    skrg mmg style cari pasangan org batu pahat kan??hahaha you mcm tau2 je..terkena plak dgn i..wakakaka..

    [Reply]

  7. liyanaon 18 Nov 2011 at 10:27 AM

    totin!..itu Fatimah Leham..kite kenal die….kawan sekolah dr F1-F3..hihiih

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Iyee2. Itu atim. Dulu f1-3 dia sekolah maahad muar lepastu pindah sekolah kitaa 🙂

    [Reply]

  8. nashrexon 18 Nov 2011 at 5:28 PM

    lar. atim ke tu? comeh~!!

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Aah atimmm. Lama tak jumpa skrg makin bergayaa

    [Reply]

  9. inaon 26 Nov 2011 at 3:27 AM

    totin nyer make up cantik sgt time wed nie..serius cun!

    [Reply]

  10. abg ison 20 Jan 2012 at 2:59 PM

    doc nk tnye…

    doc buat blog ni leh dpt earn dari iklan tak?

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |