Apr 22 2010

Simple steps to flawless skin. Jeng Jeng Jeng!

Published by under How to look beauty?

How to get flawless and glowing skin? Licin berkilat tiada sebarang noda. I nak bagi tips ni, boleh start berangan dari sekarang. Kadang-kadang, bila pakai make-up pon muka still nampak pore atau lubang-lubang kecil atau tanda-tanda hitam tidak cantik yang buat kulit muka tak berapa smooth jika dilihat. Mungkin boleh cover sejam dua dengan make-up foundation, tapi tak kan setiap 2 jam nak touch up make up?

If you think that attaining a flawless skin is an uphill task or involves extreme effort and cost, then you’re probably wrong. I mana pakai branded items untuk cosmetics. I beli ala kadar yang harga berpatutan dan logik akal.Sebenarnya kulit muka I amat sesuai dengan product dari Jepun/Korea. So I akan teruja bila nampak any facial items dengan tulisan Jepun cacing cacing aneh tu. Mesti nak beli. Mesti nak cuba. Mesti bagus punyalah.

Etude Make-up Base Mineral memang berkesan. Sekali I pakai, make up akan menyerlah seharian. Glowing gitu. Ewah. Yang tak tahu apa kebenda jadah ini, it’s something for moisturizing your skin, sekaligus blending skin tone dan membuatkan make up tahan lama serta menutup pori-pori. Cara I pakai, mula-mula cuci muka, kemudian sapu vitamin E Organic Acid pada muka, kemudian sapu ETUDE base ni lepas itu dah boleh mulakan make up dengan foundation dari Kryolan, Easy cover foundation,  ….. Eh ok ok cukup. I bukan nak buka kelas make up dekat sini.

I beli dekat Etude counter, Jusco Bukit Indah, JB. Rasa-rasanya dalam RM60 sahaja. Alaah, kalau engkau orang jalan-jalan mall, nampak kedai warna pink cantik-cantik dengan juru jual yang pakai uniform pink comel-comel, hah itu lah dia ETUDE! Marilah support barangan PINK. Hehe.

Masani dah round satu KL dengan kereta yang tidak ada aircond, tengah hari buta, bermandi peluh. Nama sahaja kereta SLK tapi aircond rosak pula. -_- Lihatlah, tidak comot lomot kan make up I. Still maintain.

Oh sekilas info menarik. Cheh macam iklan TV je. I ada jumpa produk untuk menghilangkan bekas-bekas jerawat dengan berkesan. Hanya dengan sekali pakai, sudah menampakkan perubahan. Ewah. Semangat betul nak promote. Hari itu ada orang tanya, jadi hari ini I jawap.

Tara. I pakai benda alah ini sahaja. Actually I dah cuba macam-macam produk. Saja cuba try test. Tapi I rasa ini paling the best lah. Garnier SOS Blemish clear pen. Tak perlu tanya I, nak beli dekat mana. Dekat Watson bersepah-sepah.

13 responses so far

| |