Nov 01 2013

Sendawa pada bayi.

Published by at 10:03 AM under It is all about health!

Assalammualaikum,

Harini tergerak nak menjawap soalan email dari seorang pembaca mengenai sendawa. Tertarik nak share soalan dan jawapan tentang ni. Soalan menarik yang rata-rata orang akan bertanya, perlu ke sendawakan bayi terutama sekali bayi yang breastfeeding?

Sebenarnya, macam mana boleh jadi sendawa? macam mana tiba-tiba ada angin keluar dari perut? Sendawa ni sebenarnya satu keadaan untuk mengosongkan udara dari perut. Pada baby, udara perut ni datangnya waktu baby sedang menyusu, menangis, kadang-kadang waktu bernafas biasa pun udara boleh masuk. Alaa, nama pun baby kan? Dia baru nak belajar serba serbi termasuklah belajar bernafas.

Sendawa dan breastfeeding

Untuk menjawap soalan di atas, sendawa itu perlu pada bayi tak kira lah lepas minum pakai botol ke, pakai tek-tek ke, minum pakai cawan ke, semua cara minum, bayi perlu bersendawa, especially newborn. Macam yang I cakap tadi, even baby bernafas biasa pon kadang-kadang udara boleh masuk, apatah lagi kalau minum.

Memang betul, baby menetek lebih kurang berperut kembung kalau dibandingkan dengan minum susu pakai bottle. Sebabnya, baby menetek ni pandai mengawal aliran susu. Resiko tersedut udara tu kurang. Tapi kurang bukan bermaksud tak ada. Tetap ada udara yang masuk ye.

Okey dah menjawap soalan. Bye.

Hehe takdelah, takkan la I kedekot ilmu sangat. Meh I share sekali serba sedikit tentang sendawa.

Bila waktu sesuai sendawakan baby?

  1. Setiap kali setelah baby habis menyusu.
  2. Waktu baby merengek-rengek semasa menyusu, tarik je puting tu kejap. Sendawakan dulu dalam 5minit, lepastu sambung menyusu balik.
  3. Kalau bagi susu botol, kira-kira dalam 60ml (2oz) – 90ml cenggitu atau setelah 5 minit menyusu, stop kejap. Sendawakan sekejap. Kalau baby menyusu badan, setiap kali nak ubah posisi dari tek-tek kiri ke tek-tek kanan, kita sendawakan sekejap.
  4. Kadang-kadang baby kelaparan. Tak menyabor nak minum dah macam burung disodok ulat. Waktu tu layankan je, lepas dah slow down sikit, cabut puting sekejap dan sendawakan dulu.

Cara sendawakan baby?

  1. Over your shoulder : Yang ni favourite dan paling berkesan. Caranya dengan dukung baby dan letakkan di bahu, kepala menghadap kebelakang. Pastikan posisi dagu lebih tinggi dari bahu. Jangan sampai dagu dan hidung baby ditutup dengan badan. Lemas pulak anak ko nanti. Satu tangan pegang buntot baby, sebelah tangan lagi boleh support leher sambil tepuk-tepuk belakang baby.
  2. Telungkup : Dengan meniarapkan baby atas riba kita. So kepala bayi menghadap bawah (tapi jangan sampai baby lemas pula!), tangan kiri support leher dan badan baby, tangan kanan tepuk tepuk belakang baby. Make sure kepala baby lebih tinggi dari perut. Biasanya baby lebih relaks kalau kita sendawakan cara cenggini.
  3. Duduk tegak : dudukkan baby dekat pangkuan dengan kepala menghadap ke depan. Sebelah tangan kita support dada baby, sebelah lagi tepuk punggung baby.

TIPS:

  • Jangan tepuk belakang baby kuat-kuat sangat. Tu baby, bukan gendang. Nanti baby menangis pula. Kalau baby menangis setelah menyusu, makin banyak udara yang ditelan.
  • Aktiviti sendawa perlu dilakukan sampai baby berusia at least 9 bulan. Lepas tu biasanya baby dah pandai sendawa sendiri.
  • Kalau dah lebih 5 minit baby tak sendawa juga, udoh-udoh ler tu. Itu ertinya baby memang dah tak perlu sendawa untuk waktu itu, boleh teruskan penyusuan lagi. Jangan terlalu lama sendawakan baby nanti mengganggu tidur dia plak.

Honestly, Aurora susah betul nak sendawa. Tepuk-tepuk belakang Aurora mengikut irama lagu pun tak sendawa juga. Pernah sekali terdengar Aurora sendawa kuat masa Emmet yang tepuk. Terasa loser gila bila mummy dia sendiri gagal sendawakan dia. -_-

BAHAYA TAK KALAU BABY TAK SENDAWA?

Ala, relaks lah. Jangan gelabah sangat sampai pergi emergency hospital pukul 2 pagi bagitahu doktor, baby saya gagal sendawa. Saya takut. Menangis doktor yang jaga kecemasan tu. -_-

Selalunya, baby yang tak sendawa ni cuma akan merasa tidak selesa dengan perutnya. Orang melayu cakap perut kembung, jadi baby akan merengek-rengek je. Untuk melegekan keadaan perutnya yang kembung tu, baby akan menangis untuk mengeluarkan udara perut. Jadi tak payah panic kalau baby menangis. Bagus! Selain mengeluarkan udara perut, menangis adalah latihan pernafasan untuk baby. Selain tu, baby akan terkentut-kentut kalau perut dia kembung. Najis dia pun akan jadi sedikit cair. Itu semua normal.

Kesimpulannya, jadi ibu kena sabar. Walaupun aku sendiri tak menyabar. hik hik. Dan juga kena sentiasa penuh perhatian dari A to Z. Segala apa yang berlaku dekat baby kena tengok. Kalau ada kemusykilan apa-apa tentang baby boleh directly email me okeeeh! Free of charge. ewah.

One response so far

One Response to “Sendawa pada bayi.”

  1. Ejaon 15 Feb 2017 at 11:18 PM

    Selepas menyusu badan baby kentut.. boleh kire sama mcm sendawa ke? Puas tepuk2 blkg baby harapkan sendawa tp kentut yg kluar.. hihi

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |