Oct 28 2010

Restoran Rody Kristal Corner (RRKC)

Bila perut lapar, kita mesti akan hadapi masalah mencari kedai makan. Tak akan hari-hari nak makan kedai yang sama sahaja? Apakata kita cuba try dekat Restoran Rody Kristal Corner, yang baru sahaja beroperasi sebulan dua yang lalu. Haa, jangan ingat Rody Kristal pandai menggoreng gitar sahaja, dia pandai menggoreng masakan juga. Eceh, itu tidak pasti. Yang penting, segala masakan di restoran ini adalah hasil kerja tangan keluarga Rody.

Tapi bila I datang restoran ini, masalah yang lain pula timbul. Masalah tak tahu nak makan apa sebab semua lauk pauk sedap-sedap belaka. Susah betul nak buat pilihan.

33763_1490203253376_1182828641_31253757_6708666_n_副本 copy

Bertempat di Taman Bukit Belimbing, Balakong. Berdepan dengan Highway The Mines. Dari tepi highway dah nampak kedai oren-oren.

67269_1490204893417_1182828641_31253768_3942014_n_副本 copy

Menu Special: Nasi ayam madu (bakar) Sarawak

Breakfast menu: Roti canai, Bihun, Mee, Kue Tiaw Goreng.

IMG00538-20101022-2045_副本 copy

Persembahan acoustic setiap malam minggu. Boleh volunteer siapa nak perform pon tak apa.

DSC05376_副本 copy

Siap ada effect angin gitu. Restoran ini ada khidmat wifi free jangan main-main. Ala-ala Starbucks lah konon-konon.

Tak ada gambar makanan sebab nampak makanan sahaja dah teruja sampai terlupa.

Jangan lupa datang ye! Kalau minat Rody, boleh salam dengan dia. Kalau dia tak ada, boleh salam dengan mak dia, ayah dia, adik dia, sanak saudara dia, pekerja-pekerja dia, siapa-siapa je lah kat situ.

14 responses so far

| |