Mar 20 2012

Period pain! Tolonggggg!!

Adakah period pain mengganggu anda? Period pain atau senggugut dalam bahasa cik kiah or dysmenorrhea dalam bahasa perubatan adalah perkara lumrah setiap wanita. Orang kata small matter gitu! Kita kan hebat, every month akan mengalami sakit gulik-gulik tapi steady je. Yang menjadi persoalan ramai, period pain pain ini bahaya kah?

Sebenarnya ada 2 jenis period pain. Primary dan Secondary.

Primary: Sakit normal yang tiada kaitan dengan kelainan pathology badan, terjadi 2-3 tahun setelah first period kita, dan mencapat puncak sakit saat kita berumur 15 hingga 25 tahun. Biasanya terjadi 24jam sebelum period dan berakhir dalam sehari selepas period. Time ni lah kita akan merasa macam rahim kita bercontraction, sakit sampai ke dalam perut, dalam peha, pinggang sehingga sesetengah akan mengalami mual-mual, pening, muntah-muntah, diarrhea.. hormone rasa nak mengamuk, ah itu kuasa kita untuk mengamuk sesuka hati, istimewanya perempuan. Kau orang lelaki kena faham itu. Kau tak faham, kau diam.

Eh panjang pulak definition yang I bagi.

Secondary: Sakit yang tiba-tiba muncul saat usia lebih 20tahun yang terjadi dalam 2 hari atau lebih sebelum sehingga 2 hari selepas period bermula. Sakit yang teramat sangat sehingga tak boleh nak buat apa lagi dah, terkulai layu gitu. Biasanya penyebabnya berkaitan dengan kelainan organ seperti endometriosis,cyst, tumor, adenomyosis, polyp, myoma, eh banyak lagi kalau sebut pun bukannya korang faham.

Senang cerita, if you think the problem could be serious, have persistent cramping or extremely heavy bleeding, jumpa saya! Eh tak, tak. Pergi consult with your medical professional. Saya tak professional.

How to reduce period pain?

Tuam dengan air panas. Kalau tak ada bendalah dalam gambar ni, boleh masukkan air panas/hangat dalam botol dan tuam tepat ke arah perut yang cramping. Takpun, a hot wash cloth or even a warm blanket pun berkesan. Cara ni macam effective as over-the -counter pain killers.

Ambil posisi menungging sehingga rahim akan tergantung. Cara ni akan buat kita lebih relax.

Healthy diet! This includes plenty of fresh fruit and vegetables. Elakkan daripada minum alcohol, kopi, ice-cream atau chocolate waktu sesungut. Eh salah. Senggugut. Sebab makanan cenggitu dapat meningkatkan kadar hormone estrogen sekaligus memicu pengeluaran prostaglandin. Senang cerita, period pain akan jadi lebih sakit dan menderita.

Minuman jus dan supplement sebenarnya bagus especially yang mempunyai kandungan Vitamin E, Vitamin B6, ataupun Omega-3. Ataupun minum minuman hangat yang mempunyai calcium tinggi. Susu cap teko pun jadilah.

Tak salah sebenarnya kalau nak ambil ubat-ubat penghilang rasa sakit (analgesic) yang dijual di pasaran. Pil panadol warna warni itu. Menarik dan tertarik tetapi sebaiknya selagi boleh tahan, kita tahan. Yang penting, jangan ambil ubat ini lebih dari 3 kali sehari! I selalu ambil ubat bila tengah kerja and betul-betul tak dapat berfikiran relevan sewaktu kerja. Kita kena kuat dan perkasa, jangan terlalu bergantung pada ubat.

Just in case period pain anda sangat severe, (secondary period pain), baru lah kita syorkan ambil hormonal birth control. It contain hormones which prevent ovulation and at the same time will reduce the severity of your cramping. Remember ye, once kita dah ambil contraception pil cenggini, hormone kita akan terabur sikit and menses cycle akan kucar kacir. Kalau betul-betul tak ada indication for this pills, better don’t.

Mukadimah terakhir, marilah kita sama-sama mengamalkan pola hidup sihat untuk menyamanan hidup kita bersama.

Live healthy for a better life ahead!

15 responses so far

| |