Sep 29 2012

Open house 4 minggu lepas.

Published by under Celebrity Oops!

Assalammualaikum. Ini kisah open house yang lalu. Peh raya dah habis lama dah, baru nak update entry open house. 29 August lepas I pergi open house rumah Rody the rockstar. Satu-satunya open house yang I attend. Sadis tak? Kebetulan cuti waktu itu dan kebetulan dekat KL dan kebetulan lama gila tak jumpa mereka wah banyak betul kebetulan.

Sebenarnya bajet dia buat open house biasa-biasa sahaja, jadi kami datang sahaja sempoi sempoi, orang dah jemput marilah kita makan percuma! Sekali alamak, apakah? Khemah-khemah bagai. Ini open house ke majlis Pak Din menerima menantu? Videocameraman sana sini, orang pegang microfon mewawancara sana sini (wartawan), Alamak alamak aku lupa lah rody ni artis weh nak patah balik ke kita makan kedai mamak depan ini je nak tak Yun?

Lama sangat tak jumpa mereka. Actualy shila baru bersalin (eh tak adalah baru sangat) Tapi tak bawa pula baby dia.

Yun datang dari Putrajaya balik kerja terus drive ke Balakong. Semangat gila kau Yun. Gaya macam peminat tegar Kristal plak siap majlis belum start kau dah standby.

Wah baru daku sedar, tak bergambar dengan tuan rumah pun. Tuan rumah sangat sibuk melayan tetamu jadi tak berkesempatan untuk camwhore. Apa-apa pun thankyou so much jemput kami.

Seminggu selepas itu, tengok rancangan Propaganza sedang menemuramah Siti Nordiana. I nampak yun enterframe dibelakang, terkekek-kekek daku gelak.

No responses yet

| |