Jan 13 2012

Nikon kau nombor satu.

Published by under Camera whore genes!

Kau mengimpikannya? begitu juga lah diri ku. Kerana itu ku menggadaikan DSLR ala-ala Yuna yang lama itu. Kerana dirimu Nikon nombor satu. Cellamak ayat drama sungguh. Hari pertama kamera ini dipasaran, hati sudah berdegup kencang ibarat  kejatuhan cinta. Memang sudah jatuh cinta pun. Ditambah pula dengan abang I yang gelak gelak HAHAHA padan muka siapa suruh beli Dslr Canon tu dulu. Kan dan menyesal.

Cis bedebah. Tak apa. I ada strategy unggul. Menjual kamera itu dan mendapatkannya yang ini. Tak susah pun. Bwerk. Selama menggunakan pinky ini, I sangat berpuasa hati. Coolest camera I tell youu lah. Cuma kadang-kadang tekanan juga bila suruh boyfriend ambilkan gambar kita pakai kamera ini, dia akan buat muka. Tak cool katanya. Lepas itu bagi hint banyak kali suruh I jual balik camera ini dan beli warna lain. Tak ada jiwa feminin sungguh lah dia itu. Ape lah kan?


Kan cantik ni.

Kan?

Tapi sebenarnya I tak reti function dia sangat. Lagi-lagi camera ini di datangkan dengan 2 lensa multifunction. Oke sebenarnya I tak tahu pun function dia, nak tukar lensa pun tak reti. Bhuahaha. Asal petik je aku reti.

Nampak awesome bila gantung di leher. Walaupun kadang-kadang semua orang memandang pelik. Sampai ada budak 3 tahun kejar-kejar sebab ingat ni kamera mainan impiannya.

Waktu malam pun cantik.

Boleh buat wallpaper. Ambil lah kalau rela.

22 responses so far

| |