Aug 26 2011

Ngabuburit.

Published by under Well-meaning friends.

I prefer panggil ngabuburit, rather than iftar. Ngabuburit adalah bahasa Indonesia yang bermaksud, waktu menunggunya berbuka puasa. Biasanya trend orang Indonesia, kalau nak dekat dekat waktu berbuka, mereka akan melakukan acara ngabuburit seperti buat show outdoor ramadhan ke.. macam-macam lah.

Semalam I ber-ngabuburit bersama Aliens. Tapi Cikanot tak dapat join sebab stilll stuck in KL. Err, actually Cikanot balik BP hari Jumaat and we all plan nak berbuka puasa bersama pada hari Sabtu. Tapi I oncall hari Sabtu pula. Tahi betul lah. Hari Ahad, Pareq dah balik beraya rumah husband dia. Jadi season pertama keluar berbuka tanpa Cikanot. Sabtu ini derang keluar berbuka tanpa Totin pula.

I suka gambar ini sebab muka Eekin macam ikan buntal yang cute gila, Syaff yang macam menari ulek mayang di belakang, Pareq yang ketawa riang macam garfield. I yang vain macam biasa tak payah cakap lah.

Meja penuh. Masing-masing rotate pinggan masing-masing. Hey, kau ambil makanan apa tu? Bak sini bagi aku rasa.

Oo, semua pinggan kosong letak dekat meja I lepas itu waiter nak angkat pinggan pon terkebih-kebil melihat monster makan begitu banyaknya.

Dr. Farrah Dayana (Pareq) and Teacher Asyikin.

Subhanallah bulatnya saya.

Konon-konon Cikanot ada sekali.

Kiterang siap spacekan kosong supaya senang nak add on Cikanot dekat tengah tengah.

Entah bila lagi dapat kumpul cenggini. Masing-masing dah bekerjaya. Sudah berkeluarga. Esok lusa nak ngabuburit bawa askar masing-masing. Eeeee I can’t imagine that! Mesti masa itu perbualan dah berubah menjadi,

Hey nakalnya anak kau sama macam perangai kau!

Apasal anak kau clumsy sangat, sebiji macam kau!

Hey kenapa anak kau gatal kecik-kecik dah ngorat anak aku, mesti kau yang ajar ni!

Mesti korang akan cakap;

Hey Totin, baiknya anak kau. Sopan je sama macam kau.

Ok bye.

12 responses so far

| |