Aug 31 2011

Merdeka Raya!

Berhari raya dengan bendera malaysia adalah pengalaman pertama. Raya kali ini tak banyak persediaan sebab I bajet tak cuti aleh aleh bos bagi cuti. Err, sebenarnya bos tak cakap pun boleh cuti tapi I tak datang kerja dengan selamber. Kah kah esok aku kena hentam kaw kaw punya tapi tak apa. Benda sudah berlalu yang penting kita cuti dulu. Esok esok apa yang terjadi kita tak payah fikir lagi.

Trademark raya tahun ini adalah merdeka raya.

Sebenarnya ingatkan nak buat tema baju raya bendera Malaysia tapi takut nanti orang suruh berbaris di tengah padang pula di pagi raya. Jadi kami membuat konsep photoshoot background bendera Malaysia.

Bukan I sahaja tapi semua orang wajib bergambar passport berlatar belakangkan bendera Malaysia. Ini kalau Tunku Abdul Rahman hidup lagi ini mesti dia menangis terharu.

Bezanya raya tahun ini, I pergi solat raya. Ehehe excited pula. Maklumlah sebelum ini tak pernah solat raya. Selalu pagi raya duduk rumah susun kuih dalam balang. Kali ini mama ajak pergi solat raya lepas itu gelabah, mama macam mana solat raya itu? Mama cakap kena takbir 7 kali. Oh saya dah terbayang solat mayat. -_-

Dekat masjid pun boleh camwhore. Tak senonoh betul anak beranak ini. Makcik sebelah dah menjeling tajam seperti mahu menghalau kami keluar.

Eleh relax lah makcik.

Rasanya kalau tak letak watermark, pihak majlis perbandaran dah curi gambar ni buat poster semangat kemerdekaan negara.

Poyo

Tuuuu diaaaa, diva dah start posing.

Heading to beraya tapi tak dapat duit raya.

Pergi beraya, makan kuih raya. Malam-malam dah rasa, hey! Saya lapar. Saya rasa nak makan nasi goreng paprik ke, mii goreng basah ke, I want something other than ketupat rendang! Round seluruh town, tak ada pun kedai buka, except McD and KFC. Alaaaaaaaaaa.

KFC pun KFC lah.

10 responses so far

| |