Mar 11 2011

Mari kita bermain muzik di Studio Rody!

Published by under Rock and roll!

Tak kira lah kita hebat ke tidak, tidak akan ada syarat-syarat “Tak tahu muzik, Tak boleh masuk studio”. Rody tak kisah. Sebab dekat studio Rody, siapa tak tahu muzik alih alih jadi hebat muzik. Dia macam letak makhluk halus yang boleh memukau kita untuk bermain muzik. Eceh dan dan je aku ni.

Macam dalam gambar ni. Kan nampak hebat kan? NAMPAK JE HEBAT. -_-

Malaysia Tanah Air ku. *tiba-tiba.

Kau dapat rasakan tak macam perempuan kena sawan? Sawan muzik namanya. In fact, dia mana reti main drum. Pegang stick drum pun macam pegang chopstick. Tapi drum di studio Rody membuatkan perempuan sawan ini seolah-olah hebat.

Haih fedap la aku belajar main drum ni. Banyak betul nak kena ketuk.

Kenapa muka macam nak kena lempang?

Ini semua adalah adegan boring tunggu Rody buat kerja. Camwhore lah apa lagi! Di samping itu, I nak promote bagi sesiapa yang berminat untuk bermain muzik bersama Rody, wtf? salah salah. Bagi sesiapa yang nak berjamming, recording lagu, berangan nak jadi artis? Alat muzik provided oke! Kau tak payah nak bawa gitar kau berat berat sebab gitar derang gerenti lagi hebat dari gitar kau. Nak pakai gitar Hello Kitty pink pun boleh tapi sewa mahal sikit lah sebab owner Hello Kitty tu kedekot. Haha apa-apa hal, boleh lah ke Studio Rody Kristal di

No 23A, Jalan Impian,

Taman Impian Ehsan,

43300 Balakong, Selangor.

Berdekatan lot kedai 99Speedmart.

03-89611324

(untuk booking bukan untuk berkenalan)

Haip!

9 responses so far

| |