Sep 21 2012

Mari belajar dance ala gangnam style!

Gangnam style melanda fenomena dunia. Dunia gitu. Sana-sini Oppa oppa hakupun tak faham kenapa. Adik-adik kecil pun dah tahu menari gangnam style. Dance yang dipopulerkan oleh PSY itu memang seolah-olah nak melawan Shuffle dance. Habislah sekarang dekat mana-mana sahaja orang menari dance ala-ala penunggang kuda. -_-

Kalau nak tahu, dance gangnam style ini ada 4 basic steps. Cheh tiba-tiba I jadi guru tarian pula.

1. Gerakan sunglasses.

Ala-ala macam tengah pakai sunglasses sambil menari goyang-goyang buntot. Kena buat gaya ini baru lah complete tarian gangnam style korang!

2. Tarian cowboy

Ini gaya terpenting gangnam style. Buat gaya ini seolah-olah sedang menggoyangkan tasi lasso ala cowboy! Kaki hentak-hentak ikut beat lagu.

3.  Gerakan Horseback!

Silangkan kedua tangan sambil melakukan beberapan lompatan kecil. Inilah gerakan yang korang buat semasa hentak memacu kuda. Jangan lupa, lompatan kecil kena ikut beat lagu!

4. The finish

Ini pose akhir gangnam style. Buat pose sebijik macam dalam gambar ini!

So yeah, enjoy the Gangnam Style Dance! Selamat Menari!

2 responses so far

| |