Aug 29 2012

Makan sambil camwhore, dimana sesuai?

Orang lain hari raya pergi beraya. Tapi I tersesat ke Melaka. Kesihan si Emmet cuti seminggu tapi nak jumpa si Totin memang tak menyempat. Si Totin sibuk mencari nafkah maklumlah miskin nak kahwin tak ada duit. Si Emmet cuti banyak, duit pun banyak. Ngeh-ngeh.

Jadi rather than pusing pusing Batu Pahat balik balik BP Mall, Square One oh bukan lah bosan, no BP is ohsem! mana ada bosan! (Tetap pertahankan Batu Pahat) Cuma saja nak bertukar angin ke Melaka.

Jalan-jalan Melaka, Emmet ajak lunch dekat Calanthe Art Cafe. Ternganga sekejap. Ini kedai makan ke kedai kraftangan ke Muzium Malaysia? Ngeeeh sungguh unik. Tak tahu nak kategori kan ini tempat apakah. Yang sesuai, kita sebut sebagai kedai camwhore kot? bhuahaha.

Masuk masuk kedai je Emmet dah offer, nak ambil gambar tak? Nampak sangat dia tahu baca fikiran I. Bukan nya dia nak tanya, Nak order makan apa? Good good. Tak sia-sia kau jadi tunang aku.

Calanthe Art Cafe. Jom masuk!

Rukun Negara, Peta Malaysia, Gambar tokoh-tokoh Malaysia dan suasana kampung kampung Malaysia sungguh cool. Sesuai untuk foreigner yang untuk memperkenalkan Malaysia. Terasa nak bawa kawan-kawan Indo jalan sini. Baru mereka tahu, Malaysia kan kerennnnnnnnn!

Camwhore dulu.

Menarik tak menarik tak? Ada pelbagai ruang makan. Semua konsep yang unik. Pintu hujung belakang tu akan masuk ke ruangan makan outdoor dalam taman.

Abaikan budak ni.

Minuman dengan straw yang berbelit-belit. Memerlukan sedutan yang jitu untuk air sampai ke tekak. Makanan I order mestilah favourite butter chicken. Tapi tetap tak boleh lawan butter chicken dekat Qwan’s!

Yang harus dicuba di kedai ini sebenarnya adalah Laksa! Best Laksa  in Malaysia katanya.

Tak boleh makan dekat ruangan makan ini. Sangat geli tengok binatang ni melepek lepek dekat dinding. Eeuw geli.

Romantik tempat ni tapi gelap gelap I tak minat youu nanti cicak jatuh I tak perasan.

Artwork dia mengancam. Tengok design meja pun dah tertarik!

So orang Melaka, kalau nak melepak memang highly recommended dekat sini!

Calanthe Art Cafe

No 11, Jalan Hang Kasturi, Melaka

(Area Jonker Walk)

Facebook: http://www.facebook.com/calanthe.melaka

5 responses so far

| |