Jan 29 2011

Magika Jungle

Published by under Camera whore genes!

Haih tak abis-abis photoshoot. Merungut betul orang di rumah. Bila awak nak kerja? Bila awak nak kerja? Kami tak sabar nak tengok awak beruniform putih. Okeh kali ni last. last. *Tak abis-abis last. tapi tak last-last juga.

Photoshoot dilakukan pada tanggal.. kejap nak ingat balik. 17 Januari, yea dah ingat! Terima kasih untuk semua photographers yang sudi menjepret gambar I. Korang memang the best lah. Lepas ini kita buat outing lagi tanpa camera pula ye.

Persiapan mengambil masa sangat lama. Ada lah dalam 4jam untuk make up dan bersiap-siap. Set rambut dan mengolah tudung tak ikhlas itu. Tapi hasilnya memang mengancam! Nak tahu siapa make up artist I? Tunggu next entry. *hek eleh.

Konsep kali ini, masuk dalam hutan! Masuk dalam hutan! Kita buat konsep hutan yang penuh misteri. Cheh dah macam Misteri Nusantara. Memang penuh pancaroba sebab kena sama-sama shoot dengan nyamuk dan kerengge.

Time  shoot, bole pula kerengge shoot I dekat (   )(   ) pula. Kuss semangat. melompat-lompat I. Kejam kau kerengge.

The photographers memang I dah kenal. Pernah shoot with them for several times. Bekerjasama dengan mereka memang mudah. Banyak betul idea-idea bombastik mereka. Tengok tu tengok tu yang baju hitam depan I tu tengah lentok patah punggung suruh I gayakan pose cenggitu. Kalah aku nokkk.

Siap ada mesin tiup tiup angin (I don’t know what they call it). Kengkonon nak dapatkan effect macam main biola di kayangan.

Eh lupa nak credits, itu biola hasil pemberian Rody masa birthday I last year. Biola tu pun bakal jadi glamour macam guitar Hello Kitty I juga.

Gedik kau nok. Kau bajet kau Dato’ Totin?

Comel kan photographer sorang ni. Macam ikan buntal. Rasa macam nak simpan dia dalam aquarium.

Tiba tiba dunia menjadi serba biruuuuuu.

Dan kadang kadang menjadi hitam putih pula.

*entah apa apa caption gambar ni*

Kan dah cakap, konsep adalah Magika Jungle. Magic tak jungle tu keluar emas emas dari belakang!

(Photography by Mohamad Erwan)

Kalau tak kerana tahi lalat di bawah hidung, memang I sendiri tak kenal siapakah?

(Photography by Mohamad Erwan)

Lepas ini korang datanglah Johor. Shoot lah I dekat Johor. Shoot lah lagi. lagi. lagi. Uhuk sedih gila ayat bila dah start kerja ni, macam-macam offer semua dekat KL, kena tutup mata. Lupakan itu semua. Lepas ini kena concentrate dengan profession yang sebenar. Tsk. *Menangis mendayu-dayu.

26 responses so far

| |