Aug 24 2011

Kiterang tak gaduh lah.

rotikaya.com

Ceritanya begini, masa mula-mula I nak buat celcom postpaid, dia nak tolong I dapatkan nombor yang cantik-cantik. I okey sahaja lah lagipun I busy on weekdays, memang tak ada masa langsung untuk ke celcom center. Tak tahu pula nombor ini atas nama dia. Jadi masalah dikemudian hari. -_-

Sebenarnya touching juga lah sebab kita cakap elok-elok minta tolong terminate kan nombor celcom kita ini. Bukan apa, nombor celcom ini atas nama dia, susah kita nak berurusan bayar bil setiap bulan. Susah nak tukar plan celcom, susah buat itu ini. Kalau dia yang bayarkan bil tak apa juga ku rela. Eheheh gurau.

Tapi bila kita cakap elok-elok dia tak layan pun kita cakap apa. Dia nak sentap sentap kenapa bukannya masalah besar sehingga menggugat jiwa dan raga? Dan kejadian berlaku di waktu pukul 6 petang dekat dekat nak berbuka, di mana waktu kelaparan paling maksima. Otak tidak dapat berfungsi dengan baik akibat efek daripada hypoglycemia yang berlaku. Haa, waktu itu kalau sesiapa cari pasal memang I sembur. Errr, sorry.

To make it clear, dia memang kawan saya. Kami memang berkawan. Tak ada beza dulu dan sekarang. Mungkin dulu mesra, sekarang tak mesra? Er, tak perlu pertikaikan lagi tentang per-kawan-an kami. Tak ada masalah antara saya dan dia. 🙂

Jangan memandai memandai cakap kami pasangan kekasih.

Bf saya cool, tak apa.

Kasihan Rodi jadi susah nak ngorat perempuan kang jatuh saham dia. ;p

25 responses so far

| |