Dec 05 2011

Kisah si pisang goreng.

I tak pernah beli pisang goreng. Beli sendiri maksudnya. Selalu mesti minta tolong ayah belikan pisang goreng, kita tinggal masuk mulut ngap ngap. Ini kisah setelah penat bekerja lalu perut pun lapar.

Singgah sebentar di warung kedai yang menjual pisang goreng dan boleh makan pisang goreng sambil bersantai-santai di situ. Pisang goreng dia sedap. Pernah beli dekat sini sampai tambah dua kali.

“Adik nak beli pisang goreng berapa ringgit?”

Alamak. Sebelum ini ayah tak pernah bagitahu kalau beli pisang goreng kena bayar berapa ringgit. Cikgu pun tak pernah ajar. Macam mana ni? Tapi sebab ego tinggi muka poyo, dengan pakai baju smart baru balik kerja dan kedai itu berdekatan dengan hospital, obviously mereka tahu saya doctor (agaknya) jadi…

“5 ringgit please”

Bantai jeklah.

Alamak dia hidang satu dulang pisang goreng atas meja. Detik 5 saat terjadi. Saya tengok dia, dia tengok saya.

“Awak, saya cakap nak bungkus lah. Takkan lah saya nak makan pisang goreng banyak cenggini?”

Cover baik punya.

Oo, pisang goreng 5 ringgit sangat banyak. Beli seringgit sahaja sudah cukup. Baru tahu. Ooo…

17 responses so far

| |