Jan 18 2012

Kerjaku Syurgaku. (Bwerkkkk)

Published by at 3:55 PM under Don't sue me!

Phew, akhirnya dapat juga update blog walaupun sepatah dua kata. Kerja sangat membebankan sekarang ini. Makan minum pun semakin tidak terurus. Kalau makin kurus tak apa juga.

Bila kerja dekat labour room, stress mentality semakin menjadi-jadi. Hari hari dimaki diherdik bukan sahaja dengan doktor pangkat lagi tinggi dari kita, tetapi dengan midwives juga. Oh sebenarnya midwives lagi banyak maki kita dari doktor (kot). Makin hari telinga makin kebal. Muka makin tak boleh blah bila kena maki. Ala-ala macam menyeronokkan sahaja dimaki hamun sebegitu. Mencabar tau mencabar!

Kalau kau orang tengah nak bersalin atau datang check up dengan I, jangan terperanjat kalau I bahasakan diri “puan, sila buka seluar. Puan sila kangkang, jangan kepit kepit, kalau kepit macam mana baby nak keluar puan? Puan sila bagi kerjasama” iya tak kira kau kawan sepermainan ke, I tetap bahasakan diri puan. Nampak professional sikit. Lepas itu buat muka macam tak kenal. Kekeeke. Kang kalau buat-buat kenal, kau tak nak buka seluar pula. :p

Dah dah, tak payah nak malu-malu. Pelbagai rupa dan bentuk ku telah lihat. Hari-hari lihat benda yang sama. Memang tak ingat punyalah anda punya itu. Tak ada masa nak ingat.

Selain daripada itu, chelamak macam karangan sekolah pula. Sekarang ini ramai betul single marital status. Atau bahasa coding rahsia kita, SMS. So kalau korang dengar doctor bisik-bisik, dia SMS! Maksudnya dia sedang mengandungkan anak di luar nikah. Me, personally tak ada beza pun dia SMS ke, BBM ke, Whatsapp ke, baby dia tetap baby. Dia tetap patient saya. Tak bolehlah layan SMS mcm sampah. Yang herannya, ada juga orang yang SMS anak ke 4. Hamboi kau tak serik-serik ke dah 4kali?

Bila fikir-fikir, wanita itu hebat sebab terrel beranak. Beranak adalah pain score paling tinggi untuk manusia. Kiranya, sesiapa sudah melaluinya, bermakna sudah menempuh sakit paling hebat. Terrel doh.
Terrel pun terrel juga tapi janganlah terrel sangat. Beranak sekali dua sudahlah, jangan lah banyak sakit. Kami pun penat juga.

Akhir kata,




Apa pendapat anda?

Oleh kerana itu, bebanan mental dan fizikal membuatkan hidup ini penuh dengan shopping sentiasa. Kadang-kadang tak faham juga, bajet bila shopping banyak-banyak dapat mengubah segalanya? Tak juga.


6 responses so far

6 Responses to “Kerjaku Syurgaku. (Bwerkkkk)”

  1. mrs. kon 18 Jan 2012 at 4:54 PM

    doc,

    terrel tu terer ke?

    [Reply]

  2. amy syifaon 18 Jan 2012 at 6:59 PM

    hahaha….puasa sebulan? then next 9 month semua dr and nurse bersalin blh cuti sebulan! sbb xkn ada baby lahir..kecuali anak2 ‘accident’ wuuwuuu..

    [Reply]

  3. melati putehon 19 Jan 2012 at 2:07 PM

    totin kat Hsptl BP ke? February nih bole la jmpe..kite due bulan 2..hewhew!

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Yekeeee? Okeee nanti jangan lupa hai hai masa tengah due tu. Hehee

    [Reply]

  4. keymaon 19 Jan 2012 at 7:24 PM

    ermm.. semua dunia pekerjaan masing2 cabaran dia lelain.. (sori tetiba nak reply) saya baru masuk sini.. dapat tahu pun lepas blogwalking dan at last terjumpe blog yang best n cool.. nice blog la 🙂

    [Reply]

  5. mashion 14 Feb 2012 at 3:06 PM

    akak rasa ada lebih sakit dpd bersalin normal….

    bila terpijak LEGO anak!

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |