Mar 27 2010

Kenapa anak saya degil sangat ni?

Published by under Don't sue me!

Cheh macam lah I dah ada anak. Tapi ini tips yang I nak kongsi untuk semua orang. Sekarang ini banyak betul anak-anak yang mempunyai masalah keterlambatan dalam perkembangan. Kadang-kadang umur 1 tahun panggil mama papa pun tak tahu. Berjalan pon masih belum. Lebih sedih lagi, bila kita panggil banyak kali, budak-budak kecik zaman sekarang dah pandai bolayan. Haaa ni yang geram ni.

Menurut penelitian, masalah utama yang terjadi adalah salah didikan ibu bapa. Yelah, sekarang zaman metropolitan, ibu bapa sibuk bekerja. Anak dari bayi sudah didedahkan dengan televisyen, televesyen. telivisyen? Eh, macam mana nak eja? Sampaikan ibu memasak di dapur, anak dibaringkan di depan TV supaya tidak menangis. Kan? Okay sila jangan lakukan lagi. Tahukah anda,terdapat 5 rangsangan apabila anak terdedah ke TV. Rangsangan suara, cahaya, gelombang, warna dan gerakan. Haa dari bayi lagi budak-budak kecik tu dah terdedah dengan 5 perkara di atas. No wonder lah bila kita panggil ‘ADIKKKKKK!’ tak ada respons sama sekali sebab kita cuma bagi rangsangan SUARA sahaja. Budak tu tidak akan tertarik dekat kita sebab TV ada 5 rangsangan, kita tak ada. Kita tak menarik pun! T_T

Waktu paling lama untuk menonton TV adalah 2jam. Okay 2jam. Okay 2 jam. Selebihnya anak haruslah bersama kita, berinteraksi dengan kita. Ok kalau you all bekerja hah pandai-pandailah kreatifkan diri. Hari-hari telefon ke. hah kenalah bijak.

Oh anak yang dah meningkat usia 3.. 4 tahun dan ke atas, mesti dah pandai nak minta mainan sana sini. Kalau setakat minta pistol mainan tembak-tembak dah tak zaman lagi. Semua budak-budak dah pandai minta ps2 lah ps3 lah GameBoy ntah apa jadah lagi. Kononnya main game playstation itu alasan untuk release tension. Ohh I tak setuju!

Penelitian kata (okay bukan I sorang kata, ini En. Penelitian yang kata) permainan seperti itu akan menyebabkan kelelahan neurologis *saraf otak* kita. Okay bayangkan kalau kita bermain lumba kereta selama 3jam. Hah itu ibarat kita drive dari Johor ke Kuala Lumpur. PENAT OHH. Itu belum lagi termasuk dengan emosi sebab kalah. Hilang stress ke tu? Hilang ke?

Okay mak mak semua dah boleh sorokkan playstation sekarang!

Jangan bagi bayi baru lahir minum pakai botol susu. Nanti dia dah tak kenal puting anda lagi. So siapa pula nak habiskan susu anda?? Siapa nak hisap puting anda? Epppppp!!!

ps; Eh tapikan adik I suka tengok TV cerita Cartoon Network. Bila dah besar dia jadi hebat speaking. Bila exam, English 100%, BM 60%. Hah macam mana pula tu?

10 responses so far

| |