Jul 15 2010

Keajaiban kecantikan.

Published by under How to look beauty?

Di formspring, orang tanya I product apa yang paling berkesan untuk menghilangkan jerawat sampai I dah penat nak jawap. Nah, I tak akan bagi product yang you olls boleh dapat di pasaran, tapi I bagi product dari hospitals atau klinik kecantikan. Eceh. Eh, boleh juga beli di pasaran. Maksud I boleh dapatkan di pasaran farmasi berdekatan. Tak dijual di kedai runcit Hoe Aik atau pasaraya Parkson Ria. Eh mana pergi pasaraya tu? Ada lagi tak ek? Dah lama tak nampak pasaraya Parkson Ria.

Retin A ni ajaib. Dia mempunyai kehebatan yang dapat memperbaiki blood supply dekat kulit kita dan meningkatkan turnover of dead skins kita. Ok yang penting sekali maksudnya kita akan nampak muda sentiasa. Tak ada garis garis kerut di muka! Kau jangan ingat baru umur 20tahun tak ada garis garis di muka? Cuba check sana. Tak nampak? Pergi ambil kanta pembesar.

Hah sebut pasal jerawat. Retin A sangat berkesan untuk jerawat. Sebab apa? Sebab Minah Retin ini mengurangkan blackheads di wajah kita. Siapa ada jerawat yang timbul itu, sapu je ubat ini, kering terus. Terus terbantut pertumbuhan jerawat itu.

Kalau nak beli Ratin A, dia ada macam macam %

Retin A 0,025% : ini untuk general skin improvement. Pakai sehari-harian

Retin A 0,05%: Lebih digunakan untuk menghilangkan kesan kesan penuaan.

Retin A 0,1%: lebih kepada masalah jerawat!

Kalau baru first time nak pakai Retin A, I sarankan pakai 0,1% dahulu. Kemudian kulit dah licin, baru turunkan pakai 0.05% atau 0,025%.

Ingat, beli dekat FARMASI, bukan dekat kedai RUNCIT.

I punya special sikit. Sebab I bancuh and minta ubat sendiri.

p/s: Lepas ini I akan bagi rahsia ubat menghilangkan kutil, rahsia ubat menghilangkan jeragat, rahsia ubat pelindung UV. Okay bukanlah rahsia apa pun but it’s all about medicine. Stay tuned!

85 responses so far

| |