Aug 26 2010

Kalau mahu rambut mayang mengurai,

Published by at 11:51 PM under How to look beauty?

Tak ada tips. T_T

Okay menyampah sahaja baca. Bersemangat nak tahu macam mana, tapi tak ada apa-apa. Sebenarnya I sangat suka merubah-rubah rambut lepas itu tak reti jaga. End up dengan rambut kering rontok-rontok. Jadi perlulah tahu cara  kalau tak lama-lama boleh botak dibuatnya.

Shampoo apa I guna, alah yang biasa-biasa sahaja. Dulu I pakai Redken 1 whole set lagi you. Sebulan habis dekat rm300 untuk shampoo, pokai you. Nak pakai shampoo pon cuil sikit-sikit sebab mahal. Bila stok shampoo habis, merangkak-rangkak nak beli dekat sini (Jogya) tak ada. Jadi kesimpulannya sekarang, I cuma pakai shampoo and conditioner LOREAL ELVITAL NUTRI GLOSS warna pink. Bukan sahaja berwarna pink (my favorite color), tetapi membuatkan rambut menjadi lebih glossy glossy sehingga menyakitkan mata orang melihatnya. Elele acah je.

Lepas bershampoo jangan lupa berconditioner. Tenyek conditioner di hujung rambut. Tak perlu di kulit kepala sebab may lead to kelemumur sebab membuatkan kulit kepala menjadi oily.

Bila rambut sudah separuh kering, sapu dengan hair toner dari ginseng. Kenapa ginseng? Sebab ginseng boleh mengurangkan rambut daripada gugur. Eh not really, sebab rambut I still gugur tetapi dia melebatkan rambut juga. Kira macam, 2 helai rambut gugur, 4 helai rambut tumbuh. Ha boleh buat matematika kira mengira. 4-2 = haa, kita untung 2 helai rambut!

_DSC0127_副本

Lagi satu, secara routinely I akan pergi creambath every 2 weeks. Urutan dari creambath membuatkan kulit kepala jadi relax dan of coarse lah menyihatkan rambut kita. I suka try and test apa apa jenis creambath. Paling latest I pakai creambath jenis Telur. Telur? Dah terbayang bau hanyir. But nooooooooooo wangi gila. Mba saloon tu kata, ini telur lembu sebab itu wangi. Hahaha akupun bongok iya kan sahaja. Lama-lama baru terfikir. Lembu mana bertelur! T_T

Tips yang lain-lain boleh pakai tips Hanis Zalikha sebab I pun ciplak tips dia. Siapa tak kenal Hanis Zalikha boleh gantung diri sekarang.

13 responses so far

13 Responses to “Kalau mahu rambut mayang mengurai,”

  1. fendyon 27 Aug 2010 at 10:12 AM

    mungkin telur lembu tu adalah testical die kot…tp bab yg tak kenal hanis zalikha gantung diri ti mmg lawak la..

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Testikal? Hahahaaaa jijikssssss uyyyyy!!

    [Reply]

  2. zoolon 27 Aug 2010 at 10:34 AM

    Hanis Zalikha memang cun.. Er kalau lelaki boleh ke guna tips tu?

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Eh boleh. Mestilaaaah boleh sangat sangat.

    [Reply]

  3. dylla fadzilon 27 Aug 2010 at 12:32 PM

    my friends cakap top models pakai lubricant kat rambut dorg. sbb nk rmbut shiny.i blur blur apa tu lubricant. rupanya owhhhhh benda pelik2 tu. hahahahahha. duno la betul ka tak. LOL

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Hah? lubricant? jangan cakap lubricant Durex yang boleh didapatkan di supermaket berhampiran tu pulak. -_-

    [Reply]

  4. myon 27 Aug 2010 at 9:50 PM

    wuwuwu…tin, i pun dahmacam2 produk guna… the current one yang sesuei…tapi skrg dah tade kat market.semakin keringlah rambut ku..suka tgk u macam2 fesen rambut! cool!

    [Reply]

  5. angel_baikon 31 Aug 2010 at 6:57 PM

    alamak! sy guna conditioner tu mcm guna syampoo… mmg sapu abih semua rambut sampai ke kulit kepala… ptt ler rambut asyik gugur je… 🙁

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Ahahahaha salah tu. Conditioner memang tak boleh pakai dekat kulit kepala. Fungsinya untuk melapisi rambut, bukan kulit kepala.

    [Reply]

  6. mimi meluron 20 Sep 2010 at 7:19 PM

    kulit kepale sy ad kelemumur..rmbut juga byk gugur..ad produk yg sesuai x?

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Kalau kelemumur boleh pakai ubat ketomed, kalau banyak gugur boleh beli hair tonic ginseng. 🙂

    [Reply]

  7. […] boleh guna tips rambut mayang mengurai yang pernah I tulis […]

  8. alyiaon 13 Jul 2011 at 11:00 AM

    dr… hair tonic ginseng tu nak dapatkan kat mana yea????

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |