May 26 2010

Itu pasal lah..

Published by under I'm just rambling.

I tak jawap-jawap soalan dekat formspring itu. Harap semua dapat bertimbang-rasa menunggu jawapan dari killer-killer questions semua. Memang soalan mengalahkan specialist I sahaja. Semakin hari semakin bijak bertanya la anda semua ni. Yang kelakarnya, kalau seorang dah start tanya pasal darah period, nanti berjela-jela orang tanya. Esoknya keluar topic pasal breast, berderet-deret soalan tentang breast. Amboi soalan pon bermusim ye. Tak apa tak apa, selagi berputar tentang kesihatan, I sedia melayani anda. Eceeeeh

Nak mencuri masa menjawap formspring memang kena tunggu waktu yang betul-betul terluang. Biasanya I curi masa menjawap 3 – 4 soalan sahajalah untuk sehari. Cukuplah. Jangan bagi kepala I meletus. Tapi masih boleh bertanya 24jam ye. Hari Jumaat I cuti, nanti I jawap semua sekaligus. Harap bersabar.

Lihatlah. kalau soalan ringkas tak apa. Mesti paling tidak dekat 5 baris perkataan.

I memang sangat-sangat sibuk sekarang. Jadi leader untuk department ni memang kadang-kadang memberi tekanan. Eceh padahal tak adalah buat apa sangat. Mungkin I tak minat neurology. Mungkin minat. Tapi bila berdepan dengan patient stroke mengingatkan I kepada seseorang gila yang pernah stroke tapi tak mengenang budi. Eh eh tiba tiba nak emo. Tak boleh campur adukkan hal peribadi dengan patient sendiri. Tak boleh tak boleh. Hep!


Perasan tak? I dah ada signature baru untuk gambar-gambar dekat blog ni. Nampak lebih bergaya sikit dengan signature baru kan. Comel tak? Hem.. tak ke. 🙁
Tak pelah. Bye

23 responses so far

| |