May 27 2011

Ini satu luahan hati.

Published by under Don't sue me!

Pernah tak kau rasa perasaan cenggini. Dulu masa mula-mula masuk sekolah rendah, selalu berangan nak pakai kain biru muda. Bila dah sekolah menengah, terasa tak sabar nak masuk university. Yelah, bajet zaman U ni dah kira adults habis lah. Waktu itu nak bercinta pun tak ada siapa boleh larang konon-konon dah matang lah. Konon-konon. Bila dah masuk U, rasa feed up dengan study, tak sabar nak kerja. Nak pegang duit sendiri. Masa itu dah bayangkan bila kerja baru ada life, tak payah bangun pagi-pagi pergi class. Tak payah hadapi exams and all.

Tapi bila dah kerja. Rasa macam nak masuk sekolah rendah balik. FINE.

Yeah, worklife memang sux. My worklife lah. Tak sama macam apa yang aku bayangkan. Okeh I prefer to use aku-kau in this entry sebab nak bagi kau orang semua selami dunia aku sekarang ini. Kau bajet jadi doctor ni best sangat ke?

Aku pergi kerja pukul 7 sharp. Sebenarnya pukul 6.30am tapi aku pemalas dan whatever I don’t care. Bila sampai hospital, aku kena review semua patients dalam ward. Satu katil ke satu katil. Aku kena make sure aku tau kesemua patients aku dari penyakit dia sekarang sampai penyakit lalu-lalu, perawatan yang telah diberikan and my futher management semua. Aku kena hafal. HAFAL SEMUA PATIENTS. Lepas itu akan datang doctor MO berpangkat atas sedikit lah dari aku yang diibaratkan doctor kuli batak ini. So doctor berpangkat atas sedikit akan round patients satu-satu dan aku kena present semua case patients ke dia.

Lepas itu akan ada round dengan Dr. Pakar pula dan edisi bantai membantai berlaku lagi-dan lagi. Apatah lagi dengan aku doctor baru yang blur dan sungguh tak faham dengan sistem kedokteran di Malaysia, akulah mangsa utama untuk dibantai. Terima kasih, I miss Rumah Sakit Sardjito, Jogja secara tiba-tiba.

Kau jangan bajet keliks kau akan tolong kau. Rakan-rakan sekerja kadang-kadang tak sama macam rakan kita waktu kita belajar dulu. Masing-masing ada ego masing-masing. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Kau tak tahu, itu masalah kau. Alaa rindunya dekat rakan-rakan Indo. -_-

Jadi doctor, kau tidak akan ada masa untuk duduk. Pernah ke kau jumpa meja doctor? Tak ada kan. Yang ada meja nurse sahaja. Dekat mana nak duduk pun tak tahu. Masa ini lah kau akan rasa nak import tukang pijat peribadi.

Oncall? Apa itu oncall? Ooo kau ingat best lah oncall sebab kau akan dapat extra $$ setiap kali kau oncall. Dalam sebulan ada 10 kali oncall, happy ke dapat $$ extra banyak banyak? Okay sekarang kau bayangkan, waktu kerja macam biasa pukul 7pagi sampai 5 petang. Bila hari itu kau oncall, hidup kau akan menderita sehingga ke-esok-kan harinya. Orang balik pukul 5 petang, kau tak boleh balik lagi. Kau kena sambung kerja sampai pukul 7 pagi ke-esok-kan harinya, itu oncall time. Tapi sebab 7pagi sampai 5 petang adalah working hours, so kau tak boleh balik lagi. Kau sambung lagi kerja sampai 5 petang. Paham tak?

Kesimpulannya kau akan kerja sebagai contoh pukul 7 pagi (25May) dan balik kerja pada 5petang(26May). 36jam Non stop working, memang balik-balik oncall aku akan terkulai layu topup tidur yang lama. Lepas itu esok kena kerja lagi macam biasa. Dan oncall lagi dan lagi.

Bila kau oncall, kau bukan handle ward dengan kawan-kawan. Tanggungjawab kau besar sebab kau handle 1 ward seramai 30++ patients seorang-seorang. Belum termasuk patients baru yang datang emergency pukul 12 malam, 1 pagi, 2 pagi, 3 pagi.. Menangis kau seorang-seorang. Menangis kauuuuuu. Bukan patients yang menangis, doctor yang menangis.

Kerana pekerjaan aku bermain dengan nyawa, aku tidak boleh melakukan kesilapan. Walau sekecil mana kesilapan, kesemuanya akan menjadi satu kes besar. Apatah lagi di Malaysia. Semua orang nak sue sana sue sini suriram suriram ram ram. Yes, aku pernah buat kesilapan besar sehingga aku kena turun naik pembicaraan. Kau tengok twitter aku sampai nak meletop aku mengamuk nak gantung diri, hanya kerana kesilapan aku pada malam oncall tepat jam 2.30pagi. Aku rasa horror gila sampai sekarang kalau aku pergi ward kanak-kanak aku jadi trauma. Surat layang pertama aku terima setelah 5 bulan aku bekerja. :'(

Tapi aku manusia biasa. Tidak lepas dari kesilapan. :'(

Paling rasa loser bila aku doctor, tapi aku tak boleh buat. Aku doctor tapi aku tak tahu macam mana nak manage patients. Aku tak tahu nak buat itu, buat ini. Serious loser gila aku dengan pekerjaan ini. Bila tengok pekerjaan orang lain rasa sebak dijiwa. Kenapa aku terperangkap dengan dunia ini padahal aku betul-betul tak layak dengan gelaran ini? Aku benci dengan title aku sekarang.

Anyway in whatever way, aku nak berterima kasih tidak terhingga untuk keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa bagi aku semangat untuk teruskan pekerjaan ini. Memang banyak rintangan onak duri selama genap 5 bulan aku bekerja. Terharu bila ada kawan yang still keep saying that I’m not stupid. -_-

Ini adalah lagu favourite aku, bila aku down. Errr, actually, bila aku tak down pun, jadi lagu favourite aku juga. Memang lagu ini banyak bagi aku kekuatan. Kekuatan untuk nyanyi lagu ini sebab high pitch.  Eh eh, tak adalah.

Himpunkanlah kekuatan

Usahlah ditaburkan

Seribu kemanisan harapan

dari GENGGAMAN.

Seolah-olah menyuruh aku tetap kuat dan semangat untuk sesuatu yang aku dah genggam.

25 responses so far

| |