Sep 30 2010

Ini adalah satu kisah tragis.

Published by under Wasn't That Funny?

Yes tragis untuk I bukan untuk anda. Hilang blackberry sama macam kematian anak. Kalau hilang sebab tercicir atau atas kelalaian diri sendiri is okay. Tapi hilang sebab dicopet, memang betul-betul diluar tabii’ ! HAIP!

6 tahun I duduk Jogja. 6 tahun siot I mengekalkan status tak pernah kena rompak. Tak pernah kena curi dalam bas. Kawan-kawan naik bas mesti pernah ada status hampir dirompak. Saya tak pernah. Saya tak pernah! Eceh bangga lah tu.

HAMEK KAU. BLACKBERRY BOLD 9700 yang dirompak. Kenyang betul penyamun itu. Kenyang makan duit haram menjual blackberry I. =_=

Kronologi kejadian:

  • Seperti biasa setiap kali naik bas, I akan meletakkan blackberry case dalam bag selempang. Baju coat putih I pegang di tangan.
  • Naik dalam bas, I akan cari seat yang kosong. Jadi I akan duduk seorang seorang dekat seat itu. Kemudian I akan pakai coat dalam bas.
  • Ada 4 orang di dalam bas. Satu makcik mana entah. 2 orang lelaki duduk asing-asing pada seat belakang.
  • Blackberry tetap maintain dalam bag. Tak boleh keluarkan blackberry dalam bas, bahaya.
  • Masa nak turun bas, eh eh semua nak turun dekat hospital. Sebuk je semua ni. Makcik depan I pulak terhegeh-hegeh turun tangga bas. Lamanya. Mamat belakang ni pehal himpit-himpit ni? Relax la beb! Mamat lagi sorang ni apasal cangkung? Kau nak terberak ke?
  • Biasanya setiap kali turun bas, I akan pegang zip bag. Memang dah biasa protect bag sendiri. Tapi sebab mamat belakang ni himpit-himpit, ee geram aku!
  • Turun bas, check bag, sebab nak ambil blackberry letak dalam kocek coat putih. SHITTTTT! Bag selempang ku sudah ternganga luas.
  • Cepat-cepat toleh belakang. Mamat 2 orang itu tak turun bas pon! Shaiton Nirrajim!

Memang lemah longlai sahaja waktu itu. Sampai tempat kerja terus cari kawan-kawan. Terus menitis air mata tik tik tik. Hwa kememehnya saya. Okay boleh bayangkan I tiba-tiba menangis dan tak bagitahu sebab apa. My friend was like ‘Kamu kenapa? kamu diperkosa?’ Gubrakkkk!

Okay pengajaran. Lepas ini kalau naik bas ada orang himpit himpit tak tentu pasal, kena cakap ‘Ey ey ey.. jangan dekat! Bukan muhrim. HAIP!”

Hai, birthday saya nak dekat!
*kenyit mata*

16 responses so far

| |