Aug 21 2011

If you see me at work, this is what you will see.

I go kerja everyday without make-up. Or you can see me after post call, like seriously muka macam pembungkus tempe. Serabai abis. Sorry lah nak pakai contact lens dekat hospital, I prefer using specs bingkai tebal muka nerd nerd sedikit pun tak apalah, pakai specs 5 saat sahaja compared with wearing contact lens ambil masa more than 10 minutes.

Oh lagi satu, I hate my hair actually. I took almost 15 minutes to siputkan rambut yang panjang ini. Tak boleh pergi kerja dengan rambut terjurai-jurai. But I sayang gila nak potong. How meh? Siput pun siput lah, later tergerak hati baru potong.

Sebenarnya stethoscope pink itu bukan dari Littmann. Littmann is the most popular stethoscope on earth, paling bagus lah orang kata. That pink stethoscope I bought from Indonesia, masa medical student dulu. I love the color. Tapi sebenarnya bila I check check patient pakai stethoscope itu, bukannya I dengar sangat. Entah apa aku dengar entahlah. Kokak punya stethoscope. So if you see me using that stethoscope sambil check-check patient, I berlakon je tu. Kah kah. Teruknya aku ni.

Nak lempang boleh? I love acting like a professional doctor tapi sebenarnya amende entah aku pun tak tahu.

Disgusting nya muka cenggini.

Lagi satu boringnya jadi doctor ini adalah kita kena jadi full time learner. Malas lah dah tua-tua cenggini kena membaca lagi. And continously sampai mati. Sebab medical thingy akan sentiasa updates every year by year. Oh bosan. Kenapa lah dari dulu tak jadi kerani ke, hari-hari duduk depan komputer taip taip oh nikmatnya hidup cenggitu.

Haip tak boleh mengeluh.

Ketawa selalu tanpa sebab. Rahsia awet muda.

Hakikatnya sudah tua berlapok tidak laku-laku lagi.

Petuih.

22 responses so far

| |