Nov 29 2010

I love nasi minyak.

Published by under Best Wishes!

I hantu betul dengan nasi minyak. Tapi sebab nasi minyak biasanya dihidangkan waktu majlis perkahwinan orang, takkan nak makan tambah 5 pinggan. -_- Apabila sehari ada banyak majlis pengantin kita kena datang, memang semua rumah akan I datang. Tak boleh skip. Tak boleh. 5 tahun oh tak pergi majlis pengantin orang!!

DSC03894_副本

Rumah pertama dah bagi desert Ice-Cream. Baru rumah pertama, pipi dah menggelembung, cemana ni? Yang depan sekali tu bukannye sebab dia kontrol cun tak nak ambil gambar sambil makan ice-cream, tapi sebab ice-cream dia dah habis. HA HA HA. Siapa kuat melantak sekarang?

DSC06115_副本

Selamat Pengantin Baru Aimi Nadiah. Kan dah cakap pipi menggelembung selepas makan ice cream. Jangan lah tegur, Haippp!

Masa ini belum bersanding lagi, pengantin lelaki masih diluar rumah sedang kena block dengan persembahan silat ke apa kegiatan dekat luar tu tapi kami macam , “Weh Aimi ambil gambar jom, ambil gambar jom. Pengapit pegang kipas ni ketepi sikit boleh?” Terima kasih. ;p

Tak boleh lama-lama, nak vroooom pergi rumah kedua.

DSC06137_副本copy

Sampai rumah kedua, jumpa cousins sendiri. Memang jadi majlis diri sendiri lah nampaknya. Bukannya ambil gambar pengantin, tapi ambil gambar kami sekeluarga. Keh keh keh. Gaya macam tak jumpa bertahun-tahun padahal rumah sebelah sebelah boleh baling batu dari tingkap. -_-

Eh okay serious memang tak ada gambar pengantin rumah kedua langsung dalam camera. Alamak. Kejap kejap cari dekat camera orang lain.

Nasib baik ada.

DSC03926_副本

Selamat pengantin biru eh salah. Selamat Pengantin Baru Rabitah and Luqman.

blog

Sejak bila I ada scandels dengan M.Shariff penyanyi lagu zai zai zai zaii ni? Tskkk.

17 responses so far

| |