Jun 27 2010

I know I’m young but not ‘that’ young!

Published by under Wasn't That Funny?

Disebabkan hari Ahad adalah hari unformal, jadi I ke hospital cuma dengan memakai t-shirt, jeans dan selipar flip-flop. Hanya memakai selapis bedak, tak kuasa nak berhias. Baju coat doctor, I simpan dalam bag. Tak pakai awal-awal. Nanti lah lek-lek dulu. Untuk ke wad bahagian kulit di floor 3, I akan berdepan dengan “pak guard” sebelum masuk building. Selama ini pak guard baik-baik sahaja. Setiap kali I lalu, mesti pintu building akan terbuka dengan automatiknya. Tak perlu nak tanya-tanya I siapa. Faham-faham sahajalah!

Eh aleh-aleh, tadi dia tahan I. Dahla I nak cepat, kena tahan pula..Ada yang silap ke? Jangan nak protes cara dress up I. Tak ada pula syarat tak boleh pakai macam itu pergi hospital.

“Deq, kamu mau kemana?” (Adik, kamuk nak pergi mana?)

“Lantai 3 pak, penyakit kulit.” (Tingkat 3 cik, untuk penyakit kulit)

“Maaf, Anak-anak ga bisa masuk ya!(Maaf, Kanak-kanak tak boleh masuk!)

Demikk! Dia kata I, kanak-kanak? I tahu lah I kecik tapi tak adalah kecik sangat. I tahu lah I kurus tapi tak adalah FLAT! Dahlah sombong terus tahan tak buka pintu.

Klinggg! Terfikir sejenak. Terus I pakai coat uniform doktor I depan-depan dia juga.

“Oh maaf doc, maaf doc..”

Hah baru buka pintu!

Apalah nasib. Nak masuk hospital sendiri pun kena tahan -_-

17 responses so far

| |