Aug 29 2011

How is your raya celebration so far?

Saya baru tahu, memasak sambal goreng sekuali lebih penat daripada melakukan abdominal retraction when operating the patients. Operate orang tak adalah sampai mata pijau-pijau seperti memotong bawang. Tak adalah badan berpeluh-peluh sweating sebab memasak. Kesimpulannya, begitu perkasanya kaum-kaum perempuan kerana memasak di dapur memang memerlukan tenaga yang banyak.

Saya juga baru tahu yang memotong bawang banyak-banyak lebih rumit daripada memotong daging manusia. Memotong bawang memerlukan skill yang betul supaya tiada percikan air bawang merenjis ke mata sehingga membuat mata berpijau-pijau. Memotong bawang kena make sure tak terkena jari sebab kita tidak memotong sambil memakai surgical glove dan face mask. Oh hebatnya kaum wanita.

Kuih raya siap disusun di balang. Kuih raya favourite tahun ini jatuh kepada Kuih cornflakes buatan tangan Teacher Asyikin. Sampaikan nak susun dalam balang pon kedekot-kedekot tak mahu susun penuh-penuh sebab takut nanti orang lain makan dan habiskan. Selalunya sudah terbiasa sambil menyusun kuih raya di pagi raya, sambil makan jamah-jamah kuih. Tadi terlupa pula masih berpuasa. Siap termakan kacang semasa masukkan kacang dalam balang. Lepas itu menjerit sendiri.

Bangun pagi hari ini baru tersedar yang tahun ini misi beraya terpaksa berubah. Terpaksa maksudnya hati tidak rela. Tiada lagi misi mengumpul duit raya. Tetapi kena menghulur duit raya kepada adik-adik dan sanak saudara. Peh nightmare sungguh bila mengetahuinya. Tapi sebab hari ini bank terlalu ramai orang, dan tak sempat nak tukar duit raya, jadi saya tak hulur duit raya pun esok. Kih kih alasan munasabah tak?

Okay lah tangan saya sudah sengal sengal mengacau ayam masak kari seperiuk. Hendak pergi eksesais sedikit. Selamat hari raya untuk semua teman teman yang mengenali di Malaysia dan Indonesia! Untuk bloggers dan readers tercinta. Tanpa anda siapalah saya. Chellamak. Sesiapa yang berada di Batu Pahat dijemput datang beraya di rumah saya. Saya cuma available pada raya pertama sahaja. Itu pun kena roger dulu kalau nak datang, entah-entah saya pergi merayap. Kikikih.

Merayap adalah tektik yang paling tepat untuk mengelakkan diri dari hulur duit raya dekat orang. Ehehe.

3 responses so far

| |