May 05 2010

Having trouble finding a place of job oh please help me.

Published by under Don't sue me!

26247_379189499422_645329422_3769774_128357_n

I akan kerja Malaysia by the end of this year. Around September or Oktober I balik Malaysia for good lah. Bye-bye Indonesia sob-sob-sob. Which mean tinggal 4 bulan sahaja lagi. Sekarang tengah semangat nak pilih hospital mana menjadi idaman kalbu. Sekejap I grouping dulu.

TIADA KEKOSONGAN
  1. Hosp. Kulim Kedah.
  2. Hosp. Kuala Lumpur
  3. Hosp Putrajaya
  4. Hosp Kajang
  5. Hosp Ampang
  6. Hosp Sungai buluh
  7. Hosp Miri, Serawak

Menangis tak berlagu betul bila Hosp Putrajaya termasuk dalam list. Hwa sia-sia betul angan-angan nak kerja sana. Terus tak ada mood nak kerja. Boleh tak I pospone sampai next year baru kerja? Macam mana nak merancang masa depan ni. -_-

AMAT TERHAD
  1. Hosp Raja Permaisuri Bainun *Where the hell is that?*
  2. Hosp Teluk Intan
  3. Hosp Selayang
  4. Hosp Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
  5. Hosp Serdang
  6. Hosp Duchess Of Kent, Sandakan *Perh nama ala-ala British*

Alamak, Hosp Temerloh pun hampir full. Macam mana ni. Baru ingat nak duduk sana. Eceh mengada-ngada. Serdang dan Selayang pun hampir full ya kawan-kawan. Menangis jom.

TERHAD
  1. Hosp Sultan Abdul Halim, Sg Petani
  2. Hosp T. Ampuan Rahmah, Klang
  3. Hosp Tuanku Jaafar, Seremban
  4. Hosp Tuanku Ampuan Najihah, K.Pilah
  5. Hosp Melaka
  6. Hosp Pakar Sultanah Fatimah, JB
  7. Hosp BATU PAHAT
  8. Hosp Sultan Ismail, Johor

Hwaaaa. Hwaaaa. Hwaaaaa. Okay keluarga boleh menangis. Menangis sekarang! Cita-cita nak duduk rumah bangun pagi dah ada breakfast, pergi kerja, balik kerja dah ada makanan, pakaian dicuci, diseterika, bilik dikemas pembantu rumah bakal tidak kesampaian. Kenapa Hosp Batu Pahat masuk dalam list TERHAD!! KENAPA! T_________T

MASIH BOLEH DIISI
  1. Hosp Tuanku Fauziah, Kangar *Jauh sangat. BLACK LIST*
  2. Hosp Sultanah Bahiyah, Alor Setar *Kedah-kedah I tak mau ye*
  3. Hosp Pulau Pinang *Nanti terjumpa orang berdating makan kueh cekodok tepi pandai Queensbay. Sorry no way.*
  4. Hosp Seberang Jaya *Where the hell is that?*
  5. Hosp Taiping *Tak nak utara boleh tak?*
  6. Hosp Seri Manjung *Dimanakah?*
  7. Hosp Sultanah Aminah, JB
  8. Hosp Tunku Ampuan Afzan, Kuantan *Ahaks.. Pahang! 🙂 *
  9. Hosp Sultanah Nur Zahirah, K.Terengganu *Hosp ni dekat tepi pantai, lepas kerja boleh makan kopok lekor*
  10. Hosp Raja Perempuan Zainab II *Mana ni? Klinik Zainab tau la*
  11. Hosp Umum Serawak
  12. Hosp Sibu
  13. Hosp Queen Elizabeth
  14. Hosp Tawau
  15. Pusat Perubatan UM
  16. Pusat Perubatan UKM
  17. Hosp Uni. Sains Malaysia

Hah dengki betul kan sebab mostly hospital Sabah Serawak yang kosong. Okay memang lah kerja sana dapat extra rm1000. Tetapi halamak tak sanggup lah nak berjauhan lagi. Eceh manjanya bunyi. Pusat Perubatan UM/UKM/Sains Malaysa itu menarik juga. Tapi I rasa banyak saingan kot. Dengan student-student sana lagi. Nanti kantoi lah I yang lembab ini. -_- Hosp Sultanah Aminah bukan lah keberatan sangat. Kawan pun ramai disana. 10 minutes je from my house. Dapat duduk rumah I di JB juga kan? Tetapi I tak kuat stressfull kerja dekat sana. Hwaa matilah. Matilah.

Keputusan buat masa ini. Heh dah macam main Who Wants To Be A Millionare. Anda yakin dengan jawapan anda?

Pilihan 1: Hosp Batu Pahat *Kita try je mana tahu dapat?*

Pilihan 2: Hosp Sultanah Aminah, Johor Bahru *Instict I rasa akan dapat hospital ini.*

Pilihan 3: Have no idea. Tolong bantu please!

78 responses so far

| |