Jun 27 2016

#GRANDEURRAYA2016

Published by at 11:04 PM under Ladies & Gentleman!,Spare me 100 bucks!

Assalammualaikum,

Daripada sebelum event nak update blog, nak invite uolls datang event dekat Grandeur tapi tak menyempat. Sampai lah event dah tamat, baru berkesempatan nak update. Tak apa lah I anggap sahaja uolls semua follower my instagram ok? So meaning uolls memang dah tahu, I and #grandeurteam ada menganjurkan Jualan Murah Tengah Malam Grandeur pada Jumaat, 24 Jun lepas!

Sorry kalau yang dah terlepas. Event ni sekali setiap tahun.  Boleh datang tahun depan ok?

Macam setiap tahun, setiap kali bulan puasa, I memang memberi perhatian penuh pada baby Grandeur. Masa ni terpaksa stop business lain. Kena all out untuk Grandeur especially for sale event. Dari advertising, marketing, preparation semua I arrange  dari awal bulan. Nampak macam mudah tapi sale strategy memang I aan buat I pening kepala. Nasib baik team memang sangat membantu.

Masa ni butik masih buat preparation. Customers dah ramai menunggu susun kerusi menanti penuh kesabaran, Terharu pula.

Door open tepat jam 9 malam. Alhamdulillah kali ni lebih teratur compare dengan last year. Kalau tahun lepas kami tak dapat buka pintu serentak atas bawah. Emcee pun datang lewat, tak dapat nak countdown. Kalini kami dapat countdown sama-sama, shopping sama-sama untuk Grandeur atas dan bawah. Doorgift dapat bagi dengan lebih adil.

Kalau ada yang menegur I tapi I buat muka macam tak berapa nak kenal tu harap maaf yer. Kadang-kadang memang tak perasan. Kadang-kadang kepala alok. 2 malam tak tidur nak settlekan event. Mata sebenarnya dah rabak habis. Tapi sebab excited event punya pasal, memang stay sampai 4 pagi demi Grandeur.

Adrianna Yariqa antara vendor pertama yang buat happy hour malam tu. Bukan main meriah lagi customers dapat borong Adrianna Yariqa dengan harga super murah. Menyesal betul bila tak dapat beli hari tu tau. Terima kasih tak terhingga juga untuk team Adrianna Yariqa yang sama-sama datang memeriahkan sale event malam tu!

Antara selebriti yang sama-sama memeriahkan event malam tu. Thank you Mamat Sepan yang datang sama-sama lelong baju melayu The sultan by Mamat Sepah. Sesiapa yang tak sempat datang malam tu, still boleh dapatkan di Grandeur Boutique. Kalau lambat nanti size habisssss!!!

Vendor owner Harfah pun datang. Thank you! Tak sempat nak jumpa. I tak perasan, tengok gambar baru tahu. Hahahaa sadis sangat kan. Busy tak sempat jenguk butik bawah. I banyak habiskan masa dekat Grandeur Exclusive first floor malam tu, maklumlah Aurora mengamuk buat hal sahaja. Bila dekat butik atas, senang nak monitor Aurora, dia susah sikit nak keluar masuk.

Bila OwlByNd buat happy hour! 30minit je wehhhh! harga kemain murahhhh!! Rugi besar siapa tak datang sale malam tu.

Setelah buat survey, didapati hampir kesemua yang pulang mendapat sebuah shopping bag Grandeur. Oh ada yang bawa sampai dua tiga buah bag pun ada.

Kalau masuk sini mesti rambang mata kan? Sempat lagi nak datang Grandeur sebelum raya! Butik Grandeur buka sehingga malam raaaayaaa!! Yehaaa!

Alhamdulilah, event went well. Terima kasih tidak terhingga buat kesemua #GrandeurAngels !!!! Semua team Grandeur memang awesome!! Semua dah menjalankan tugas dengan sangat sempurna! Respect sangat! Kita semua sama-sama penat, susah senang sama-sama. Salah silap harap dimaafkan. Ini lah muka-muka belakang tabir yang menjayakan #GradeurRayaNightSale 2016 ni!

Semua staff Grandeur pakai Alma Kurung Moden OwlByNd, sesiapa yang berkenan dengan outfit kami malam tu, boleh dapatkan di Grandeur Excusive first floor ok?

GRANDEUR BOUTIQUE

32, JALAN PADI EMAS 1/4

BANDAR BARU UDA,

JOHOR BAHRU

Instagam: @grandeur_my

Facebook: Grandeur

No responses yet

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |