Nov 09 2009

Frinjan.

Yeay sudah berada di rumah nan indah. Sungguh banyak kejutan yang family I lakukan sikit lagi nak kena heart attack! Satu persatu surprise yerr. Semua benda nak berubah. Nasib baik alamat rumah tak berubah!

I sampai airport tengah hari semalam. Fael datang jemput. Nasib baik dia on time. Padahal I dah bersiap sedia nak sembur kalau dia datang lambat. Heee. Tapi sempat juga bertekak di depan-depan pintu kedatangan sebab terjumpa surat cinta dalam kocek seluar beliau. Okay tak ade lah memain je. Siapa yang nampak kami bergaduh tu abaikan je. Itu lakonan gimik-gimik dari kami. Sila percaya.

Lepak sekejap dekat studio area Kelana Jaya, dalam pukul 6petang kami dah pergi ke venue show. Wiwit I jalan dengan artis ni. Bawa gitar gendong-gendong dalam shopping mall. Orang ramai jerit-jerit Bangface Bangface! Hahahahangukmu. Fael dengan kawan-kawan dia, I rasa macam nak masuk campur pon tak tau nak campur apa. Dalam pukul… 8.30pm Cikanot datang dataran. Yeay ade gang!


Cika, mana you?

Memang tak boleh blah tengok Cikanot terkebil-kebil time baru-baru je duduk. Datang orang lelaki muda terjerit-jerit sambil memegang tangan Cika ‘KAK TOLONG SAYA KAK, AYAM SAYA KENA CURI!’ dan orang ramai semua berlari-lari berkejaran mengejar pencuri ayam. Sumpah kelakar. Kelakar dan tak paham! Cikanot lagilah muka dia macam buat reaction ‘So what? ayam kena curi pun kecoh!’ Haha. Fael cakap tu cuma gimik acara je sebelum memulakan event tersebut. OoOooOOo… begitu…

First time I tengok Fael perform on stage. Selama ni memang tak berkesempatan pun. Dia nyanyi 9 lagu. Mula-mula excited lah amek video setiap lagu. Sampai lagu ke 4 dah lenguh tangan! Hehe.

Lepas mereka show, ada magazine nak interview pula. Sekali lagi I ditinggalkan macam kera. Kekosongan waktu ini I isi dengan bergambar sakan bersama Cikanot edisi terhad..

Fael bawa DSLR dia. Punyalah berkobar I dengan Cikanot bergambar bagai. Aleh-aleh tengok adik Fael pergi delete semua gambar kami. Tak cukup anggun kah kami?  T_________________T Hantu betul! Nasib baik Cikanot ada back up gambar pakai camera dia.

Pukul 11pm kemas-kemas barang,  makan dekat seks 3, than terus balik hotel. Hari Ahad jalan-jalan midvalley. Petangnya balik Johor. Sekarang dah kat Batu Pahat. (Nampak sangat macam dah malas nak menaip lagi dan tak sabar nak bagi penutup).

Penutup..

Ee-kin sayang, kita jumpa esok okeh? Kalau pospone-pospone belum tentu I ada dekat BP lagi. Hehe. Ohya nanti pick me up from home okeh? I sakit kaki lah, tak boleh drive. HAHAHAHAHHA!!!!

6 responses so far

| |