Oct 28 2009

DURIAN?

Sedap ke? I rasa memakan durian adalah memakan sesuatu yang di luar tabii I. Bau durian je dah cukup buat perut mual-mual. Apatah lagi nak memakan durian. Oh no way!

Semalam, geng kelompok kerja saya semua menyerbu kedai Es Durian Purwokerto. Orang kata, kalau datang Purwokerto, tak makan es durian memang tak sah! Eiiyakk. I tanak ikut. Tapi dipaksa! They all semua nak ikat tangan kaki I dan paksa I makan juga. Yelah, daripada 13orang.. cuma I seorang sahaja yang macam alergi durian. Bau durian je dah boleh buat I histeria.

Mula-mula ingat nak join masuk kedai duduk sama-sama, tapi minum juice je lah. Tapi hidung tak kebal. Tak sampai 3 minit, I dah rasa nak termuntah dengan bau durian. Lebih baik I meninggalkan rakan-rakan dan duduk sorang-sorang dekat tepi jalan. Hirup asap kenderaan. Oh I rela!


Es durian macam ni sedap ke? Macam tempoyak durian je. Okey tempoyak durian pon tak sedap!

On the way pulang, I sound seko-seko. You all semua tak boleh ada yang sendawa! AWAS YA! Kalau seorang sendawa, I muntah dalam kereta, korang juga yang susah.. Hehe.

P.s; Korang makan durian tak? I nak cari geng kelab anti-durian!

22 responses so far

| |