Nov 06 2012

Dunia yang kecik.

Published by at 10:22 PM under Wasn't That Funny?

Assalammualaikum.

Sebenarnya tengah study, tetapi tersengguk-sengguk so the best way to hilangkan kepala tersengguk adalah updating blog. Nak cerita pasal kisah pagi tadi yang boleh tahan segan juga la.

Minggu ini Syed Sobrie tak ada. (Syed Sobrie adalah nama timang-timang kereta kesayangan I, bagi yang tak tahu). Syed Sobrie kena pergi KL sebab tunang I ada masalah kenderaan hari itu. So sebagai seorang yang baik hati, I offer dia ‘It’s okey honeyyy, you can use my car! I boleh pergi kerja naik kereta lain. Dekat rumah kan banyak kereta!’ Dengan rela hati padahal kereta dekat rumah semua manual and I never use that car at all! Can imagine tak berani mati punya statement.

So bermulalah episode ke tempat kerja dengan kereta manual.

Dalam kesemua kereta, I memilih pakai kereta kancil yang I guna bertahun tahun dahulu. Kereta bodol orang jawa cakap sebab dah lama dan berumur. Start enjin pon macam bunyi generator. Godogodokgodokgodok.. Hehe sorry Kancil kena metafora sedikit ayat untuk sedapkan cerita.

Godokgodokgodok..Kereta pun start, perjalanan ke tempat kerja diteruskan. Berjaya melewati kawasan kawasan ngeri untuk manual car seperti melewati bukit tinggi di hadapan TIGS. Huua seram. Tapi syabas yes enjin tak mati. Bajet dah success lah!

Setibanya dekat-dekat hospital, ada sebuah van melaun mana entah kejap nak belok kejap tak nak belok eh alih alih van itu berhenti. Maka brek mendadak telah berlaku oleh kancil bodol ini. Seperti yang diperkatakan, selalu bawa auto, bila brek terus terlupa tekan minyak. Dan enjin pon mati.

Start enjin tak hidup. Start lagi tak hidup.

!@#@$@$#%#$%#$% *stress*

Peluh mula menitik.

Cilakes. Gua malu beb gua malu. Dahlah tengah tengah jalan. Kiri kanan kereta lalu lalang nak pergi kerja ni. Kereta aku bodol pula tu. Cermin tak tinted pula. Mana nak cover malu ni?

Start lagi, enjin tak hidup lagi. Eeee apasal kau buat pasal hoi?

Pakcik van yang rasa bersalah membuatkan kereta ku mati enjin tengah tengah jalan turun membantu. Dia pun start start, tapi tak hidup. Dia kata nak tolak kereta ke tepi. Cuba menolak. Gagal. Gagal.

“Sorry dik, pakcik tak larat, kaki pakcik sakit” Sambil melihat kaki dia terdengkot dengkot. Tak apalah tak kesah pun pakcik. Saya dah call ayah saya nanti dia datang.

So I tinggalkan kereta tengah tengah jalan. And chow!!!

Biarkan ayah settlekan that car. Bila ayah datang, actually kereta tu tak rosak pun. Cuma aku gelabah tak reti start enjin. Sebab ayah dah inform, nak start enjin kereta ni ada caranya sebab dia special sedikit. Manja kononnya kereta tua katakan. Sikit-sikit nak sensitif.

Hari ini I shift jaga clinic. Nak dijadikan cerita, pakcik yang sakit kaki tadi itu adalah patient I sendiri.

“EHHH DOCCTOOOORR!! MACAM MANA KERETA DOCTORRR YANG ROSAK TU? ALAA DOCTOR BELI BARU JELAA”

Tak guna kau sanggup kau jerit begitu di khalayak ramai. -_- Sungguh menjatuhkan reputasi aku, sunggguh.

Dunia ni tak boleh nak besar lagi ke? Tak boleh ke?

Banyak lagi tempat kau boleh pergi, kenapa nak datang clinic aku jugaa??????!@#!#$@#$@#

10 responses so far

10 Responses to “Dunia yang kecik.”

  1. Nizamon 06 Nov 2012 at 10:37 PM

    Raseye kete kancil tu trase kot sbb totin panggil dier kete bodol tu yang mati tgh jalan tu.. Xpe,kira kenangan ‘manis’ la bawak kancil tu.he2

    [Reply]

  2. Niejaon 06 Nov 2012 at 10:38 PM

    hahahahahha.. what a small world..
    pusing2 situ jugak..
    malu dowh..
    ingat dulu masa kat sunway pyramid, nasib
    baik kete x kebelakang dah la ade kete
    bmw blakang tu, siap boleh tukar driver..
    lawak weihh, tapi sungguh berjasa kete kancil tu

    [Reply]

  3. aneezaon 06 Nov 2012 at 10:40 PM

    heehe, comel je.. 😀

    [Reply]

  4. Myaon 06 Nov 2012 at 10:54 PM

    Haha,sumpah kelakar~
    comel je akak eh ?Kalau gelabah semua benda tak jadi !

    [Reply]

  5. CkyNon 06 Nov 2012 at 11:35 PM

    Kahkahkah.. gelak sampai tak boleh nak comment…
    lawak cute la doc nih… hadoi.. tak sabar rasa nak tgk doc kawin.. erkkk…(apa kene mengena)..hahha

    [Reply]

  6. pupel liyanaon 07 Nov 2012 at 8:02 AM

    wohoiii.. mau nak nyorok dalam bekas ubat kalau macam ni
    apepun sweet je kisah yang berlaku ni hehehe.
    saya pon kalau gelabah kereta yang bertahun pakai tu terus jadi tak pandai bawa
    hahhaha

    [Reply]

  7. dilaon 07 Nov 2012 at 1:37 PM

    hahahaha…serius kelakar….hahahahaha
    hilang ngantuk jap
    hahahahah
    hahahahaha gelak lagi dan lagi dan lagiii
    hahaha

    [Reply]

  8. cikanoton 07 Nov 2012 at 2:19 PM

    ecewah padahal dulu..’i tak reti bawak keta lain selain keta kancil manual i tu’ buahahah

    [Reply]

  9. Rozitaon 07 Nov 2012 at 3:06 PM

    heheh..suka cerita ni, cute
    wht a small world??

    [Reply]

  10. melati putehon 08 Nov 2012 at 3:32 PM

    doc…dpt x fb inbox sye smlm ?? (melati puteh)

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |