Jan 14 2011

Dulu-dulu: Cita-cita nak jadi pelukis.

Published by under I'm just rambling.

Masa menggeledah dalam lemari baju, I terjumpa hasil-hasil karya waktu sekolah dahulu-dahulu. I ni memang suka sangat melukis, mewarna, menghasilkan karya seni waktu zaman sekolah. Subject Pendidikan Seni adalah subject favourite I. Ingat lagi, Pendidikan Seni Tingkatan 1 dulu diajar oleh cikgu yang garang dan suka mengkritik lukisan orang di hadapan kelas satu persatu. Dia akan review satu persatu di awal waktu pembelajaran. Kawan-kawan semua menyampah sebab derang selalu kena kritik. Tapi I paling suka part itu sebab nanti cikgu akan puji lambung lambung sampai semua orang tepuk tangan. *Eceh proud proud.

Masa sekolah rendah, memang zaman paling gemilang. Bakat I dikesan pihak sekolah apabila masa umur 10tahun, I menang Johan Pertandingan Dermawan Muda, tajaan dari SchwanStabilo, alah yang pensil warna itu. Jadi hadiahnya adalah, jeng jeng jeng, rm500, 1000 batang pen (akan diberi kepada sekolah dan diagihkan kepada semua pelajar), dan bernilai ribu ringgit kepada pihak sekolah (tak ingat berapa).

Pen yang diagihkan itu unik sedikit sebab ada tulis fullname Totin dekat pen itu. Siapa dulu Sekolah Rendah Tengku Mariam Batu Pahat mesti dapat pen ini. Haa siapa simpan lagi? Masa itu nama meletop sangat. Macam artis gitu you. Jalan-jalan dekat sekolah mesti adik-adik tegur nak jadikan akak angkat. Akak akak serbu nak jadikan adik angkat. Petuih. Bawah meja ada surat. HAHA tak boleh blah.



Profile diri pernah masuk akhbar DIDIK tahun 1998.

Dan boleh kata setiap minggu perhimpunan mesti nama Totin disebut sebab menang pertandingan melukis sana sini, konon konon macam menaikkan nama sekolah lah konon-konon. Hadiah, pingat, memang dah banyak sangat dapat sampai sekarang tak tahu mana pergi -_-


Pertandingan Melukis Pendidikan Peringkat Kebangsaan di SMT Sungai Petani, Kedah.

Tengok tu pakai baju biru pekat bermakna masih sekolah rendah. Peserta termuda, baru 10tahun. Dah lah dipaksa kuarantin 1malam tidur dekat hostel sekolah itu kau bayangkan. Umur 10tahun kena paksa tidur hostel pula. Malam-malam nangis, kena buli dengan akak-akak tak kenal siapa. Esok mama datang time contest berlangsung. MAMA DATANG DARI JOHOR KE KEDAH. Sayang mama.

Dulu hebat gila main warna guna crayon. Kira nya I pencinta crayon. Kalau contest, bukan pakai 1 crayon tapi macam macam combination siap ada bag melukis khas, meja melukis khas, semua khas. Ini semua hasil daripada anak didik Michael Academy of Arts, Batu Pahat. Kiranya kalau dekat negeri Johor, bila hebat melukis je mesti juri-juri akan tanya, “Anak didik Michael ye?”

YESSSSSSSSSSS. đŸ™‚

Sekolah menengah, I masuk aliran Sains. Tak ada matapelajaran Pendidikan Seni. *Kecewa. Tapi sebab sayang dan terlalu cintakan berus lukisan, I amek SPM subject Pendidikan Seni, belajar sendiri beb. Tegar betul diri ini. Biasalah zaman sekolah dulu kan trend nak kumpul result banyak-banyak A. Nak tunjuk dekat kawan-kawan result aku 10A result korang 9A je. kehkeh. Bajet paling tinggi lah tu tapi bila buka tv ada budak dapat 21A. FINE.

Ini semua hasil karya I dulu, korek-korek lalu terjumpa.


Ada kesalahan dari segi penulisan poster sebab sepatutnya tak boleh pakai tulisan cenggitu.


Kalau tak salah lah ye, ini lukisan waktu percubaan SPM.

Tajuk: Tersesat di dalam hutan.

Haha hentam je tajuk tapi ala-ala macam gitu kot.


Yang ini pula soalan Pendidikan Seni SPM. Biasa soalan dah dapat 1minggu sebelum. Jadi awal-awal dah practice 10kali sampai perfect.

Tajuk: rumah usang peninggalan lama.

Adik-adik yang ambil subject Pend. Seni untuk SPM tu boleh tiru gambar ni kalau dapat repeat question.


Paling tak hebat melukit potret hitam putih pakai pensil. Tak kira lah pakai pensil ke pakai crayon ke watercolor ke, kalau disuruh melukis potret mesti menggigil. Alhasil, tengok tu muka bapa kemerdekaan kita nampak chubby, misai nampak kaku, cermin mata terpele’ot. Nak kutuk lah tu.

Apa-apa lah tapi masa melukis ini umur 15 tahun.

Kau boleh?


Dan juga menulis tulisan sambung sambung untuk task Pendidikan Seni tingkatan 2. Kawan-kawan ingat lagi tak?

Ps; Tapi aleh-aleh sekarang jadi doktor pula. Kemana hilangnya berus lukisan ku?

65 responses so far

| |