Aug 24 2010

Doktor itu sombong sekali.

Published by under Don't sue me!

Nasib baik sekali. Bukan dua tiga kali. Minggu lalu heboh di Kompasiana (Ala-ala macam Utusan Metro kalau dekat Malaysia) tentang kisah kami, para doktor muda di hospital kami dikatakan sombong dan kelihatan eksklusif.

3utSumber: http://kesehatan.kompasiana.com/group/medis/2010/08/19/para-calon-dokter-itu-sombong-sekali

Siap spesifik nama hospital dan klinik THT (Ear, Nose and Throat) Phuh nasib baik duty I sekarang dekat klinik bedah anak.Kalau tak mesti I dah buat statement “Hai, saya lah doktor eksklusif itu! Selamat berkenalan :)” Rasa-rasanya¬† you all baca sendiri boleh faham kot. Sebab si penulis menggunakan bahasa Indonesia formal jadi lebih kurang sahaja bahasa kita. Biar I buat review sedikit.

  1. Seorang doktor dikatakan sombong dan eksklusif dengan menggenggam Blackberry di tangan. Amboi-amboi, kalau student law pegang blackberry tak eksklusif lah namanya ye?
  2. Kalau dikatakan kami pemalas, suka mundar mandir tanpa hala tuju itu tidak benar. Kasihan lah mereka yang dituduh. Yang anda nampak itu persekitaran poliklinik pukul 1 petang (dah nak tutup dah pun), cuba anda ke wad waktu ini. Kasihan kami yang kena sorong EKG check jantung patient satu-satu dengan bunyi penyorong alat EKG yang annoying gila. krok krok krok krok macam gitu bunyinya. Vital sign patients dari satu katil ke satu katil, berpeluh membasahi tubuh. -_- Belum lagi termasuk kena berjaga 24jam, tidur disisi katil patient sebab kena monitor dia setiap 15minit. Dengan tak mandi badan bau basi. Macam itu kau cakap eksklusif?
  3. “Mereka lebih suka nongkrong dan berbicara…” Wah anda tak tahu yang kita bicarakan adalah, hey kau tau tak apa treatment paling tepat untuk demam kus kus? Okay kalau berkumpul sesama doktor yang dibincangkan pusing pusing mesti about medicine, latest update and ect. Tak caya? Pergi lah join!
  4. Sebagai wakil student Internasional, ecewah. Seorang doktor dikatakan datang dari keluarga yang kaya itu, (apatah lagi kami anak internasional) sangatlah tidak benar sama sekali. Kami berhempas pulas belajar nak mati untuk dapat scholarship/loan government belajar di sini, yang harganya mintak ampun -_- Kalau dikatakan kami berkelas tinggi, mungkin IYA. Masa sekolah dulu kelas I kat tingkat 3. Tinggi lah juga naik tangga hari-hari.
  5. Kami dikatakan ‘cuek’. Bahasa melayunya ala-ala macam ‘kerek lah lu!’ Mungkin kami sedikit kerek sebab takkan sepanjang masa kami nak tersengeh sahaja macam selebriti. Kami pun penat dan stress juga. Tapi betul, janji, sumpah, kami membalas senyuman orang! Tidak sama sekali mendabik dada. Tapi kalau dada dah besar nak buat macam mana?
  6. “Saya kurang nyaman melihat pemandangan ini” Kau nak sangat jadi doktor kau jadilah sana. Nah ambil uniform aku ni, pakai seminggu dekat hospital tu. Kau tengok fun ke tak! Eh, tadi macam cool. Ni apasal tiba-tiba emosi.

put

Emosi betul cik Puti ini.

Tapi betul dia kata, bila kita outstation, kena campak pedalaman. Kau ingat itu sponser ke? Hah korek duit tabung setiap bulan nak pergi sana yang memakan masa 5jam berkulat duduk dalam bas lama-lama. Perjuangan kau tahu.

Pagi-pagi raya tahun lepas kena duty jaga wad internal medicine orang makan ketupat rendang, I makan biskut Tiger. Perjuangan kau tahu.

Sebenarnya I tak perlu nak bahas banyak banyak sebab sudah dekat 100 lebih comments yang turut membidas kembali kata-kata itu. Yang kelakarnya semua doktor muda siap masukkan nama ID number untuk protes. Bersatu sepadu sungguh kami.

Sedihnya nak meninggalkan title DOKTER MUDA. 3 minggu sahaja lagi. Nangis jom.

13 responses so far

| |