Jul 27 2010

Darah memancut-mancut nampak cool!

Published by under Don't sue me!

Warning: Tulisan ini tidak ada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang mati. Eh kenapa macam dalam episod kisah benar Tv3 setiap Ahad, 9.30malam? Sebenarnya, tujuan penulisan ini untuk menunjukkan kepada adik-adik betapa kerja doktor itu tidak mudah seperti yang dibayangkan. Tidak seronok seperti yang digambar. -_- Jangan ada yang salah faham dan mengambil dari sudut pandangan yang negatif pula.

Stop pasal penjagaan kulit. Bosan kan? I tak jaga klinik kulit lagi tapi kalau nak tanya soalan tentang kulit masih sangat dialu-alukan. Pintu Formspring terbuka begitu sahaja. Tak kunci pun, masuk jelah. Buat macam rumah sendiri.

Hah merepek lagi. Cuba serious sedikit? Hari ini I nak membawa you all semua masuk membedah. Tapi kena make sure, semua dah makan? Badan dah fit? Jangan lemah lemah semangat. Kalau rasa tak kuat boleh shut down komputer. Baring atas katil dan istirehat. Haha.

Okay, untuk siapa yang perasan diri dah sihat sangat tu, let’s go!

..

.

Siap-siap untuk membedah seorang patient yang mengeluh tangan memancut-mancut keluar nanah setelah 6bulan kemalangan jalanraya. 6 bulan lalu, patient patah tangan dan melakukan operation dengan masukkan besi dalam tangan. Tapi sekarang kenapa keluar nanah? Kenapa? Ha jawap! Adik-adik yang ambil medic siapa tak tahu saya piat. Yeah, pandai. Sebab kena infection (Osteomyelitis). So sekarang, tugas doktor bedah adalah kopek balik tangan dia. Korek balik tulang yang reput dan terkena jangkitan itu. Buang besi lama, kita pasang besi baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih *tiba-tiba*.

Bila tulang tak cukup, kita tebuk lutut dia. Kita ambil tulang lutut dia, letak dekat tangan dia. Alah, macam main lego. Pasang sana pasang sini.

IMG01142-20100727-1101_¸±±¾blog

Yer, sabar-sabar. I tahu lah tak nampak. Sekejap I suruh mamat depan ini ke tepi sikit.

IMG01143-20100727-1103_¸±±¾blog

Taraaa! Nampak tak tulang dia reput krepot krepot. Okay memang tak nampak sebab darah memancut mancut.

IMG01146-20100727-1147_¸±±¾blog

Nampak besi tak? Aktiviti sekarang, kita buka besi yang lama, bersihkan nanah, masukkan besi baru.

IMG01147-20100727-1148_¸±±¾blog

Gerudi gerudi. Gelek menggelek. Eh kita tak payahlah gelek.

IMG01148-20100727-1157_¸±±¾blog

Doktor bedah tulang memang dah macam tukang. Ada skru, gerudi, spannar, semua lengkap. Sebab itu kami yang perempuan disuruh ketepi jadi pemerhati. Katanya kami tak kuat.

Eleh, belum cuba belum tahulah! ;p

IMG01151-20100727-1254_¸±±¾blog

Dah siap pun. Baru lah gengster cik abang ini ada lipan dekat lengan! Wassup bro!

IMG01145-20100727-1144_¸±±¾blog

Serpihan-serpihan tulang yang reput. Survenior untuk patient.

Sehari bukan membedah seorang patient. Tetapi dalam 4 hingga 6 orang patients. Kau bayangkan penat tak penatnya non-stop berdiri! Hwarghhh menguap. Jom tidur!

19 responses so far

| |