Jul 17 2011

Cerita oncall saya.

Published by under Don't sue me!

For me, on-call is one of theĀ worst things about practising medicine. Benci gila. Biasanya kalau esok oncall, a day before mesti muka akan jadi monyok, moody dan keluh kesah dengan mulut berbicara ‘Damn, tomorrow is my oncall day, damn damn damn”

I just came back from post call. Maknanya saya oncall semalam dan kepala lalok lalok lalat hari ini. I sleepless, Eatless, restless, and lifeless. Hari minggu kena oncall, memang lifeless habis.

I started oncall yesterday(Saturday) morning at 7am. Semalam ibarat macam puasa. Pukul 8malam baru sempat makan. :'( Busy dengan new admission yang bukan-bukan, buat itu-buat ini, siap ada patient yang regular ABG every 3 hours.

ABG adalah Arterial Bloog Glucose. Meaning, kau kena ambil darah tepat pada arteri. Bukan salur darah yang lain. Kena tepat dekat situ.

Kau ingat senang nak ambil ABG patient tu, dah lah gemok. Setiap kali nak ambil, kena maki dengan patients and family members sebab gagal sahaja dan terpaksa cucuk 2-3 kali. Sampaikan at last I dah tak tahan and told him, “Fine, you refuse for this blood taking right? I can’t monitor your oxygen in your body, don’t blame me if anything happens”

Dah tachypneic, shortness of breath, pakai biPAP nafas tercungap-cungap pun nak bising. Kau ingat aku nak ambil ABG kau every 3 hours? I don’t want, but I have to.

Itu baru satu patient, tak masuk patient lain yang emo-emo lagi. Nak melayan family members yang entah-apa-apa. Lagi-lagi kalau family members yang educated, macam-macam kerenah. Sampaikan ada yang request “Saya nak ada satu doctor yang jaga emak saya seorang sahaja” AMBOI. Kau nak privacy kau pergi private sana.

Weekend oncall memang tak cool. Dengan mat rempits suka merempits malam minggu. Sekali admission sampai 5 orang sekaligus.

“Boleh cerita balik, macam mana awak accident?”

“Saya berlanggar dengan mamat katil depan ni ha. Mamat depan saya ni cuba nak mengelak brother katil sebelah saya ni. Brother katil sebelah saya ni tergelincir dan bertembung dengan pakcik katil hujung sana.”

Okay welcome to the hospital. Kau nak berlanggar pun berlanggar lah tapi jangan lah pukul 2 pagi. -_-

Eh sebut pasal accident pukul 2 pagi, last few weeks punya oncall was funneh. I merungut sebab ada orang accident pukul 2 pagi and disturbing my nice oncall sleep. Ini minah mana pula yang merempit lagi ni. So when I went to A&E (Emergency room), I nampak my bestie YUN… with Dayah, Pian, Anez, dan beberapa rakan.

“Hey apa kau orang buat dekat hospital aku pukul 2 pagi????”

“Aku yang langgar dia, totin…..”

Erkkkk -_-

Rupanya minah rempits tu bestfriend sendiri. -_-

Eh back to last night punya story.

12am. Datang seorang warga Bangladesh yang ditusuk sembilu. Eh salah, ditusuk panah berduri. Eh salah lagi. Ditusuk pisau tepat di perut. Tak dapat korek banyak cerita dari mangsa sebab datang-datang dah massive bleeding, so kena proceed dengan emergency operation. Zzzz mengantuk woo dalam operation theater. Tersengguk-sengguk. Tapi Intraoperation cool juga, bila kita buka abdomen dia, nampak perut yang dah terburai dengan nasi yang berterabur dalam perut. Dahlah, aku tengah lapar. Nasib baik tak cedok sikit. Hehe gurau. ;p

Operation success pukul 5am. Baru nak horey-horey relax sedikit. Received call from Neurosurgical team, HSAJB.

“Thank you for your referral. We found from CT Brain finding, there is posterior fossa Epidural Hemorrage. #$#@$@ Please sent patient to JB, NOW!”

TIDAKKKKK. Sent to JB? TIDAKKKKK. Salah seorang patient rempits itu kena transfer to JB, sebab otak dia ada pendarahan dan perlukan rawatan segera di Hosp Sultanah Aminah Johor Bahru. Kenapa I cakap Tidak? Sebab I sepatutnya offcall pukul 9pagi. Kalau I pergi JB to accompany patient, meaning I akan balik lewat. Dengan letih gila badan tak rehat-rehat, tak cukup tidur, tak makan makan, memang rasa binasa dunia ini.

Err, I rasa patient itu yang akan binasa dapat doctor yang cenggini sebab silap-silap I tidur dalam ambulans. -_- Nasib baik on that time, I bertindak nekad to call my other friend yang sepatutnya start oncall on 7am, Sunday. Dia start pukul 7pagi, tapi pukul 5pagi I dah suruh dia datang hospital to sent patient to JB. Oh baiknya diaaaaaaaaaaaa,(jahatnya aku. ;p) Thank you sangat-sangat jasamu dikenang pahalamu besar sekali. Nanti mintak patient tu belanja awak ok? Haha tak pasal-pasal.

Pukul 6.45pagi, informed by staff nurse, one patient macam unbreathing. Tiba-tiba kaku tanpa berita. Attended patient secepatnya. Eceh saspen je ayat. Patient adalah penderita Cancer Prostat. Last pukul 12am I ambil darah dia, dia still breathing and responsive. Kiterang tak buat CPR pun sebab dia patient cancer, with poor prognosis. Haih I ni kalau penutup on call mesti ada patient yang meninggal. :'(

Okeylah, I’m so penat now. Pukul 10 pagi baru dapat balik rumah. (hari ahad bukan working day, so can go back earlier, not at 5pm) Bantai tidur till 3pm. Mandi pun tak lagi dari semalam, padahal semalam seluar terkena kencing patient masa nak pasangkan tiub kencing dekat patient tu. Aku pengotor dan busuk.

Esok oncall lagi. *PENGSAN*

34 responses so far

| |