Archive for the 'Please don’t give up!' Category

Apr 27 2011

Give up!

Published by under Please don't give up!

Assalammualaikum,

Mulai hari ini, sudah tidak ada lagi page Dr. Totin Jamain di Facebook. Tiada lagi ruangan soal-jawap kesihatan di facebook. Tiada lagi sesi beramah mesra di sana. Tiada lagi semua itu.

Tindakan permanently delete this facebook account ada sebabnya. Mungkin tidak layak?


13 responses so far

Apr 12 2011

Hapuskan stress!

Setiap orang ada style tersendiri untuk manage stress. Ada yang tido seharian tak bangun-bangun, buat diskotik dekat dalam bilik, atau makan makanan yang tidak berkhasiat, lepas itu salahkan stress bila gemok. Kasihan stress, tak pasal-pasal jadi mangsa stress. Eh, apa ayat aku ni?

I nak bagi tips penawar stress. Tips 10B namanya. Tergantung dekat korang nak try yang mana satu. Tapi kalau korang try kesepuluhnya, nescaya anda akan jadi manusia paling happy tersenyum sepanjang masa.

TIPS 10B: PENAWAR STRESS

Bersama Prof. Dr. Totin

Ha ha ha ok bye.

1. BERTENANG.

Be cool! Jangan gelabah. Bila ada masalah kita relax sahaja. Anggap aja small matter. Nak lebih cool lagi, minum lah air CoolBlog. Ha ha ha Totin buat lawak.

2. Bernafas dalam-dalam.

Breath in breath out. Inhale.. Exhale.. phuh-phuh!  Eh, macam nak beranak pulak. Tapi cenggitulah cara untuk cool down kan kita. Apabila kita menarik nafas dalam-dalam, oxygen akan masuk secara sempurna ke dalam paru-paru kita sekaligus membekalkan oxygen yang cukup kepada otak kita. Baru lah kita boleh berfikiran waras sedikit!

3. Berkata: RELAXLAH!

Mulut kata relax, hati kena betul-betul relax. Tak boleh gelabah-gelabah. Macam mana nak relax dan hati tidak gelabah dalam satu masa? Okay baca tips nombor 4.

4. Beribadatlah.

Haa, jangan lupa ibadat! Bukan baca kitab Ibadat sekolah agama itu tau. Amalkan perkara wajib yang Tuhan suruh, itu yang penting. Jangan tahu mandi wajib je tapi solat tak tahu. Haip! Dan jangan lupa, berdoa. Tuhan akan sentiasa mendengar doa umatnya yang dalam kesusahan. Ecewahh. Tapi ingat, jangan di saat kesusahan je kau orang nak tunggang terbalik solat 10 rakaat. Tak guna.

5. Bercakap dengan seseorang.

Setiap kali ada masalah, I akan cari keluarga dan rakan paling rapat untuk bercakap. Share your problems! Tapi jangan pulak cari kawan yang suka menghentam kita balik. Memang I baling dia dengan kasut tumit tinggi I.

6.Berurut.

dengan cara yang halal. Bukan ‘urut-bukan-bukan’. Heheheeeeeee. Serious weh, setiap kali I stress, I akan pergi berurut. Memang release tension!

Fuhh lega.

7. Berehat dan mendengar muzik

Kalau I dah start pergi karaoke ke, main guitar ke, main violin ke, korang dah boleh stand by payung. Itu makna nya akan hujan lebat lah di kawasan sekitar. Sorry beb, itu kan salah satu cara release tension juga.

8. Beriadah.

Sesekali spend kan masa pergi bercuti, berkelah atau bersiar-siar bersama keluarga. Kalau tak punya masa, beriadah di rumah pun tak apa. Jangan tak tahu, rumah adalah salah satu tempat mencari ketenangan. Sebab itu kita digalakkan menghias rumah se-tenang yang mungkin. Jangan hias crowded-crowded nanti otak kau orang pon berselirat sekali.

Anggap je lah dekat tepi pantai.

9. Bersenam.

Tergantung orang sebenarnya. Kalau rasa selesa dengan bersenam pergi gym, amalkan lah! Tapi kalau kau rasa pergi gym buat jadi tambah stress, sebab kena angkat benda berat-berat, badan jadi sakit-sakit sekaligus menambahkan stress anda, cuba senaman lain. Lumba lari setempat ke, berlari dalam guni ke, lompat bintang ke, berjalan macam itik ke, suka hati engkau orang lah.

10. Berfikiran positive.

Kalau asik berfikiran negative sahaja, sampai bila-bila pun hidup gostan ke belakang.

Walau sebesar mana masalah kita.

Kita kena senyum 🙂

10 responses so far

Apr 01 2011

Money is not everything.

Published by under Please don't give up!

Pernah tak kau orang rasa tired of everything. Penat nak mencari duit sampai kau rasa duit tak boleh beli kebahagiaan. Duit tak dapat kembalikan kehidupan kau yang lifeless abis. Money is nothing.

Okay I’m tired of talking this.

Teringin nak jadi kerani. Duduk depan komputer, bekerja sambil makan cikedis goyang kaki. Pergi pukul 9 pagi balik pukul 5 petang.

Dah masuk bulan ke 3. And still, I hate my job.

Apa boleh buat?

Kena akur dengan jalan hidup ketentuan Tuhan.

Huhhhhhhhhhhhhhh. *Big sigh*

16 responses so far

Nov 10 2010

Senyuman itu penting.

Published by under Please don't give up!

Apa pandangan anda tentang sesetengah masyarakat yang terlalu inginkan kecantikan sehingga sanggup menguruskan badan dengan cara penyedutan lemak, yang boleh membawa kepada kematian?

Amboi amboi baru je duduk depan interviewer terus kena tembak dengan pertanyaan cenggitu. Belum sempat perkenalkan diri lagi. Lepas itu boleh pula mereka tanya tentang cosmetics and those beutiful thingy. Macam tahu tahu sahaja.

Interviewer kedua pula bertanya. Jeng jeng jeng.

Tunjukkan cara melakukan pengambilan arterial blood gas?

Opocot. Tiba-tiba kena buat stimulation pula. Nasib baik semasa jadi doktor muda dah pernah buat. Nasib baik betul.

Tahukah anda saya penat pulun belajar tentang tropical disease, endemik diseases in Malaysia, Malaysian cabinet semua tapi akhirnya tanya tentang kecantikan? HAHAHA. Kalau tahu tak payah belajar. Cheeeeetts.

I mendapat giliran yang terakhir. Kerana datang hall paling lambat at 8am sharp. Sengaja. Bukan tak sengaja. Dengan menggunakan rumus, kalau lambat mesti interviewer dah boring nak bertanya-tanya, mesti sekejap je. Mesti soalan tak killer lagi.

Berfikir juga macam mana nak cover rambut hujung hujung yang masih blonde perang perang. Malas nak hitamkan kerana ala hujung je bukan full hair pon. Jadi I mengambil jalan mudah dengan siputkan rambut. Ngeh ngeh. Pakai cermin mata baru nampak nerd sedikit. *Alahai*

DSC05668_副本 copy

Bersama 3 mamak pujaan.

Kajang-20101109-00211_副本 copy

Amcam? Ada gaya nak merawat patients tak nanti? Tengok itu breakfast dekat kedai mamak siap bawa notes untuk belajar review last minutes. Semangat kan? Tetapi satu haram pertanyaan pun tak keluar -_-

28 responses so far

Nov 08 2010

Amat sibuk tatkala ini.

Published by under Please don't give up!

Tak ada apa yang hendak dituliskan melainkan kepala sedang serabut nak apply kerja mana sekarang. Kerja untuk masa depan, bukan suka-suka ni. Serabutnya fikir. Banyak pro and contras di setiap hospital pilihan jadi tak tahu priority yang mana satu.

Yang penting, semua hospital sama sahaja. Doktor Specialist and MO tetap garang macam #@$@#%#%#$^. Bye.

Esok interview SPA di Putrajaya. Eceh semangat sungguh study itu ini. Tak tahulah ditanya apa nanti. Wish me luck! 🙂

p.s; HAHA GELI JE TAJUK ENTRY.

16 responses so far

« Prev - Next »

| |