Archive for the 'Spare me 100 bucks!' Category

Apr 15 2015

Grandeur Event for Puteri Sarah

I memang ada habit suka update cerita lama walaupun benda tu dah berlapok. Puteri Sarah Liyana memang I dah lama kenal, tapi dekat facebook je lah. Selalu stalk dia punye cerita dari zaman remaja sehinggalah dewasa chewah dah dewasa nampaknya kita.

Bila dia approach I nak join Grandeur, baru lah berkesempatan jumpa dia. So, 4 April yang lepas, Grandeur pun buat event untuk Shara By Puteri Sarah Exclusive day. Hari di mana Puteri Sarah datang bawa stock baru koleksi Shara dan kami buat simple event termasuklah meet and greet, shawl tutorial dan discount day sekali! Haa Grandeur nak tunggu ada event macam ni baru nampak storm sikit. Hari tu memang agak riuh rendah sebab staff kurang. Alahaii sorry laa mencari staff part time tak kunjung tiba. Siapa nak kerja part time dekat Grandeur sila hantar email ke hello.grandeur[at]gmail.com ok? Eh tetiba promote benda lain. Ok sambung balik cerita.

20150415-12:34:07 pm.jpg

Setiap kali kalau ada event, memang kami sediakan makanan. Simple je. Kuih dan roti jala. Paling senang nak makan dan yang penting sekali, senang nak kemas!

20150415-12:35:58 pm.jpg

Puteri Sarah datang lewat 30minit sebab sesat barat katanya. Orang Johor yang dah lama tak balik Johor nampaknya. Tengok tu sampai bersila dibuatnya mereka menanti artis yang tak kunjung tiba.

20150415-12:37:17 pm.jpg

Haa ni lah rombongan mereka. Dia datang bersama mommy dan dua sahabat schoolmates lama dia dekat Jb. Masing-masing pakai baju koleksi Shara By Puteri Sarah.

20150415-12:39:34 pm.jpg

Si Puteri Sarah ni agak kalut sebenarnya. Kelakar pun ada. Sesi shawl tutorial dia pun penuh dengan kalut dan gelak ketawa je. Yang penting dia memang sempoi. Ingatkan tak ramai yang datang tapi alhamdulillah, ramai yang berminat dengan koleksi Shara by Puteri Sarah ni!!

20150415-12:41:50 pm.jpg

Ni peminat tegar Grandeur. Rasanya kalau ada event dekat Grandeur, mesti diorang datang! Sportingggg sangattt!!! Thankyouuu tauu.

20150415-12:42:50 pm.jpg

Gambar kita kena candid, sabar jekla. Masa ni si kubis minta di dokong sentiasa. Biasa lah tu, time tengah busy time tu lah dia mengada ngada haihhh.

20150415-12:44:21 pm.jpg

So yeaaa, ini lah koleksi terbaru dekat Grandeur. Shara by Puteri Sarah. Ada abaya, skirt, pallazo, top dan hoodie shawl. I dah rambang mata nak beli pallazo, top, err shawl juga. Haaa bahaya betul lah kalau semua vendor ada koleksi best ni!

Pada sesiapa yang tak tahu butik Grandeur ni dekat mana, mana lah tau sebelum ni memang tak pernah jejak kaki langsung dekat totinx.com kan? Butik Grandeur terletak di Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor Bahru. Senang jee, dari Jalan Skudai, nampak Jakel dekat sebelah Plaza Angsana. Masuk ke area belakang Jakel. Dekat sana ada banyak butik, cari Minaz butik. Kedai kami berhadapan Minaz Butik, atas Haseena Stevia.

Untuk peminat fanatik Puteri Sarah yang tak puas tengok gambar dekat sini, boleh add facebook Grandeur and tengok dekat album situ ye. Thank you for reading!

No responses yet

Feb 07 2015

GRANDEUR ANGELS SURPRISE BIRTHDAY!

30 haribulan satu, saya TAK berjaya buat surprise birthday. Kihkihkih. Geram betul tau bila benda yang kita plan berbulan-bulan punah begitu sahaja dek kerana orang ketiga. Chewah ayat hyperbola sangat. Sebulan sebelum ni dah rancang surprise birthday untuk kedua-kedua staff Grandeurs. Nasib baik la birthday mereka dekat-dekat, boleh lah buat event sekaliarung. Kalau tak kena buat evenet macam ni banyak-banyak kali pokai juga boss. akakaka.

I dah invite Grandeur angels awal-awal. Dah pesan mereka, jangan bagitahu yang empunya badan ye! INI SURPRISE. ok mereka noted. Boleh harap.

Decorations I deal dengan prettyeventstuff. I malas nak banyak kerenah sangat, I just bagitahu dia, theme gold&white+ballons, welcome board and table decorations. Semua ni harga RM330 . Mahal la juga pada I but whatevs, malas nak pikir. Sebenarnya boleh je decorate sendiri. Tapi memandangkan si kubis semakin membuas, memang tak berkesempatan nak tunjukkan bakat kreatif I.

Untuk sesiapa yang nak buat decorations sekitar JB, boleh deal dengan adik-adik Prettyeventstuff ni ye. Follow instagram mereka @Prettyeventstuff . Sangat senang nak deal dengan mereka. Harga memang kena tutup mata la sebab diorang pun cari duit juga kan?

20150207-095558 am-35758311.jpg

Mula-mula nak tempah cake dengan decorations event ni je. Senang malas nak fikir. Tapi tengok macam banyak plak cengkadak supplier cake dia. And I takot cake tak seperti yang digambarkan, so I cancel. Lepas itu deal dengan satu instagram ni, tapi nak reply whatsapp berjamjam respons. Hari ini whatsapp, esok baru reply. Bila tengok orang berniaga tak bersungguh, I pun malas nak sungguh-sungguh beli juga.

Cake ni I order dengan kawan mama je. I bagi gambar, dia buat sebijik macam gambar. Nasib baik cake nya pun sedap! Yang gambar 2 orang tu I cucuk sendiri. Print sendiri dah cucuk dekat cake, guna lidi bunga pengantin yang terjumpa dekat rumah.

20150207-095558 am-35758019.jpg20150207-095558 am-35758155.jpg

Hadiah? Pagi-pagi tu I pergi JPO. Gigih mencari hadiah. Nasib baik sekarang nak dekat Chinese New Year, jadi JPO banyak massive sale. I paling tak suka beli hadiah orang. Nanti terasa jealous dan nak beli untuk diri sendiri. Parah aku ni.

20150207-095558 am-35758906.jpg

Location? Perancangan awal nak buat dekat TGI Friday. Iyela kedai tu kan boleh buat surprise dengan staff menjerit-jerit sambil bula kita naik atas kerusi pegang botol sos? Tahu kan? Tapi I pernah tengok TGI FRIDAY JB punya surprise, macam tak havoc macam TGI lain di KL. Tak meriah langsung. Jadi kami pilih Cupchai Resto je. Betul-betul depan butik.

Seawal pagi I dah ke cupchai. Bayar deposit rm50 and booking untuk 15seat. Dah bagitahu si bujang bujang Cupchai, ini event suprise birthday ye. Punyalah sengal bujang-bujang ni, mereka boleh naik butik kami dan bagitahu, “Malam ni ada event surprise birthday kan? Mesti korang pun dijemput sekali kan?” Bengap tak? staff yang terpinga pinga boleh call dan tanya I balik. Rasa nak hantuk kepala dekat dinding.

Perancangan awal, konon-konon lepas tutup kedai, pukul 9 malam nak buat meeting. Performance meeting la konon-kononnya. Sambil-sambil meeting tiba-tiba cakap, alamak lapar! Jom makan dekat luar?

Tapi menjadi tidak berapa nak surprise sebab diorang dah boleh agak. Dek gara-gara si bujang Cupchai bocorkan rahsia! HAIP. So I nasihatkan lepas ni kalau nak buat event surprise dekat sana kena explain dengan diorang betul betul kasi mereka jahit mulut mereka!

20150207-095558 am-35758751.jpg

Cupchai memang tempat favourite I. especiall Ais Jelly dia, memang sedap gila. cuba tengok presentation ABC, Cendol, Ais Jagung semua ni memang mengiurkan bukan? Otak -otak? Jangan ingat itu otak-otak biasa, sekali makan boleh pecah otak merasa kenikmatan nya tau!

20150207-095558 am-35758448.jpg

Muka budak yang happy.

20150207-095558 am-35758593.jpg

20150207-095559 am-35759276.jpg

Antara Grandeur angels yang datang. Tak semua angels dapat datang. Masing-masing ada urusan peribadi saat-saat akhir. Ni je yang dapat kami kumpulkan. Thank you sebab sudi memeriahkan suasana!

20150207-095559 am-35759114.jpg

Lepas event ni tak tahu nak buat apa dengan welcome board ni. Jadi pameran dekat butik, tak pasal-pasal.

Okay, siapa yang tak tahu, lokasi butik Grandeur ni terletak di Bandar Baru Uda, belakang Jakel. Berhadapan dengan Minaz Boutique. I akan ada di sana setiap hujung minggu, kalau tak ada urusan lain. Nanti kita jumpa dekat butik ok?

No responses yet

Dec 19 2014

Toujours Advanced

After almost a month makan Toujours Advanced (TA) , I terus decide nak letak dekat butik. I eat, and I share. Nak jual benda yang kita sendiri tak pernah makan, kan tak molek kan?

TA ni product collagen terbaru di pasaran. Sekarang ni dah banyak sangat product collagen, sampai tak tahu nak makan yang mana. Sebelum ni, I pengguna Catalyst. Bagus, memang bagus. But I stop masa pregnancy dulu, sebab I terbaca it’s not good to consume while you are pregnant.

Years by years, I sedar muka makin merundum. Selalu penat dan muka nampak letih. Faktor usia buat muka jadi kerepot sikit. Sob sob *musik sedih* ditambah dengan keletihan menjaga si kubis yang semakin mengganas. I scared of my skin yang nampak kusamm sangat. So I choose Toujours!

Kenapa? Cause it’s under Medicare Health Team, dan mendapat kelulusan KKM. Which mean its SAFE. Selamat untuk semua golongan, mengandung, menyusu, nak mengandung lagi? Semua boleh telan Toujours, tak ada hal! Kalau rajin bacalah yang berjela-jela di atas sebab saya tak rajin nak taip! heheee.

20141223-062050 pm-66050772.jpg

Si kubis pun dah pandai ngecek-ngecek nak Toujours kita. Tak merbahayakan, it’s just a supplement. Tapi I rasa it’s no use to give collagen to her kot. Budak-budak nak buat apa? Selalunya I akan telan dulu, kemudian bagi sisa-sisa dekat kobis biar dia rasa. Bangga betul dia bila dapat rasa benda ni.

I like the taste! (Kobis pun suka) Sedap! Lagi-lagi bila masuk dalam peti sejuk. Fresh! Bila dah makan sekali rasa nak makan 2 3 paket tapi tak boleh sebab mahal bhuahahhahaa kene bajet.

Cara-cara makan TouJours

(Yang ni I copy paste from my friend, Toujours punya mastermind tapi I tambah sikit advised from my own opinion)

Pengambilan Pertama Toujours Advanced Hari Pertama sampai Hari Ketiga Hanya minum 1 sac Sahaja

—- sebaiknya begitu. Jangan dapat dapat terus tak sabar nak glowing, telan 5 sachet sekaligus. Esok tumbuh kulit melecet kemerahan sebab sebenarnya tak tahu rupanya-rupanya anda allergy to collagen. Kan bahaya! So sebaiknya trial dulu makan , see the effect after 24hours. Kalau tiada side effect boleh lanjutkan!

Hari keempat sampai yg Ke 30 Hr baru start 2 sc. Ambil1 pagi 1 malam kalau nak lebih berkesan, yang penting Hari 1 sampai hari ke 3 hanya 1 sac sahaja

–ok kalau betul betul nak cepat berkesan. Lepas yakin tak ada side effect after 3 days boleh ambil 2 sac sehari untuk kesan yang lebih cepat. 2 je tau jangan telan semua satu kotak terus!

Ambik pagi 1 sebelum sarapan kalau boleh bangun tido terus minum, malam sebelum tidur 1 makan masa perut kosong.
Lepas minum Toujours  tuggu lps 1 jam baru blh makan benda lain,
Tunggu 1 jam Tanpa mkn atau minum apa2 baru boleh minum Toujours.

— honestly, I dah try makan with empty stomach in the morning, lepas itu jadi gastritis. I know, empty stomach is good for collagen absorption. Tapi kalau penderita gastric macam I ni, and the taste of Toujours is a bit sharp? Err dia sedap tapi macam pedih, macam minum air gas rasanya. Memang akan gastric kalau perut kosong sangat. So what is my solution? I take a breakfast in the mo, and after 1 hour of meal baru I makan Toujours. Sama macam waktu malam, after heavy meals I akan gap dalam 2 hours baru makan Toujours.

Produk jangan letak tempat panas sensetif boleh rosak kandungan nya lagi bagus letak dalam peti ais Lagi berkesan.

— Selain collagen, Toujours juga mengandungi pelbagai vitamin,jadi untuk mengekalkan kandungan vitamin Toujours,  kena simpan tempat sejuk, letak dalam icebox lebih bagus! Make sure jangan tinggalkan Toujours dalam kereta (sebab mudah terdedah dengan cuaca panas) , kasihan nanti kandungan vitamin termusnah.

Tips tambahan

  • Jangan Merokok! Kandungan nikotine pada rokok dapat mengganggu penyerapan collagen dan vitamin dalam badan. Alaa secara umum pun dah tahu merokok memang membahayakan kesihatan termasuklah untuk kesihatan kulit.
  • Perbanyakkan minum air kosong, sebaiknya melebihi 2L dalam sehari, iaitu dalam 2 botol mineral besar. Air kosong ni bagus untuk melarutkan dan memudahkan penyerapan collagen. Kalau nak tahu, air kosong sendiri dah ada benefit untuk kulit, dalam melembabkan dan untuk hydration pada kulit. Kalau ditambah dengan pengambilan collagen kita, dah tentu hasilnya akan berlipat kaki ganda. Baru lah awet muda kan? Ewah. Mudah-mudahan.
  • Kurangkan pengambilan caffein, seperti kopi dan teh, juga makanan berunsur coklat seperti air milo. Ni semua punca kulit berminyak dan memudahkan pertumbuhan jerawat. Untuk hasil yang lebih baik, cuba kita try berpantang dari semua ni. (Tapi… Tapi… Coklat adalah favourite ku …….)

20141223-061230 pm-65550215.jpg

Gambar no filter terbaru (Sabtu lepas) setelah hampir sebulan menggunakan collagen. Tak kata pun aku dah cantik but honestly I’m satisfied with the outcome.

20141223-061231 pm-65551098.jpg

Stok Toujours di butik Grandeur

20141223-062052 pm-66052046.jpg

Sekarang, orang Johor dan Singapore, boleh dapatkan Toujours Advances secara langsung ke butik Grandeur, Bandar Baru Uda. Kalau tak tau, landmark, butik terletak dekat belakang Jakel, Johor Bahru. Kedai berhadapan dengan Zawara. Harga RM199 dengan 30sachets. Murah oiiiii!

Kalau tak ada masa nak datang butik, boleh beli secara  online di order.grandeur@gmail.com

-Ini bukan paid advertisement. Ini entry ikhlas dari hati-

No responses yet

Nov 15 2014

GRAND OPENING GRANDEUR!

Assalamualaikum,

Akhirnya rajin juga nak update pasal Grand Opening Grandeur, 1 november lalu. Walaupun dah cerita basi, tapi tak apa kene tulis juga sepatah dua kata buat kenang-kenangan.

Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Ada sikit-sikit je kecacatan event tapi sempat dicover oleh family yang banyak membantu dan emcee event yang awesome! Event start lewat sikit, dalam pukul 11.30am , atas sebab sebab tertentu (aku tak siap lagi kah kah kah)

Tak sangka kawan kawan, saudara mara banyak bagi support. Masa mula-mula start event takut juga takde crowd, tapi bila emcee kami havoc sangat buat event jadi sangattt meriah! Thankyou so much! Emcee memang awesome. Untuk pengetahuan korang, emcee kami masa majlis tu adalah orang yang sama jadi emcee masa wedding I dekat Glulam dulu. I just love the way he presence,cara cakap dia  and  all lah, nampak natural dan slamber! Ya Allah best sangat!

My guest media, Shearasol and Aidasue datang dari awal event sampai habis. Thankyou so much dear! Aida memang kawan lama dari zaman muda mudi. So takde lah kekok sangat nak berbual dengan dia. Memang kepoh kami berborak. Habis semua rahsia aku dia bocorkan kat shea. Bhuahaha. Shea is a very nice girl! Sangat ramah, senang nak mesra dengan dia. No wonder sekarang dah jadi host for tv programme. Jujur, mula mula ingat dia kecik comel je. Sekali jumpa tinggi lampai, malu aku yang kemetot ni. Kah kahh

Mula-mula kami invite VIP untuk launch kan butik. Tapi dia tak dapat datang. Lepastu hentam jekla, kitorang beli ribbon sendiri dan potong sendiri. Kekekekee. Mama yang potong ribbon tu, I kan low profile, sorok belakang hikhikhik.

An hour after that, Raja Nadia Sabrina, the famous lifestyle blogger, datang with her husband. She’s so fabulous! Lawa gila. Bila dia lalu je macam nampak shining kelip-kelip dari jauh. Senyum sentiasa. She is very nice tau, masa nak deal dengan dia for this event, tak demand langsung! (Cause I expect dia sangat double standard) aku ni suka judge orang by instagram. Ish teruk betul.

Ni salah seorang model fashion show kami, dari  Singapore yang pakai koleksi dari Adrianna Yariqa. Lawa and style sangat dress ni rasa nak beli buat pakai untuk diri sendiri! Fashion show kami simple je. Well actually I expect just red carpet and model jalan atas carpet je, tanak buat lelebih, tapi derang bagi platform bagai. Wahh best-best tetiba rasa nak bercatwalk sekali. Eh eh. Over tau!

Spotted my model, Affynur wearing dress from Outerlook for Grandeur. Kalau tertarik,boleh datang butik! Ewah sempat lagi promote!

Model untuk simple fashion show kami. Semua ni memakai pakaian dari sebahagian vendor kami. Dua dari kanan tu budak-budak sekolah lagi. Baru form 4 kalau tak salah. Alahai kecik-kecik lagi dah terror pose. After launch and fashion show, kami invite all our media guests untuk naik ke butik. Masa ni buat kejutan for Raja Nadia, cause i noticed her birthday also on 1 november. Pagi pagi dah pesan husband belikan cake dia tau!

Before the surprised. Semua staff stop kerja kejap, beratur tepi pintu dan buat ala-ala kedai blackout. (Masa ni Rnadia and all the media baru nak masuk butik)

20141112-070445 pm-68685882.jpg

Surpriseeeee! Muka dah blur-blur kena surprised, comel je. Tapi maintain sopan. Kalau aku dah confirm jerit2 cam monyet. Tu lah beza nya Raja Nadia dan Totin Jamain. Kah-kah..

20141115-065258 pm-67978987.jpgAfter bring them to explore the boutique, tengok satu satu vendor slots kami, my favourite actor and singer yang cute miut pun datang, sangat comel sampai sesat-sesat dia nak cari boutique.

20141115-074520 pm-71120098.jpg

Thank you for coming. Meriah gila diorang ni. LJ datang sorang-sorang, baby dia tinggal dekat hotel. Baru je ingat nak cubit-cubit pipi baby sofea.

Nama adik ni Elsa, terus Liyana jasmay suruh adik ni nyanyi lagi Frozen. Sporting je dia!

Kenapa tak banyak gambar husband? Sebab dia kerja belakang tabir je untuk event ni. Segan katanya nak enterprem. Sebenarnya dia frust sebab Naelofa tak jadi datang opening. Kekeke.

Masa ni tengah duduk relax, sharing each other pasal apa-apa yang boleh di share. Rnadia share a lil bit bout her new brand, Aere. Aidasue, pasal kerjaya dan life dia. Shearasol sempat share pasal tv host programme dia. Liyana Jasmay sangat cute cerita semua benda termasuklah pasal baby dia dan jamu dia makan!Hahaaa.

Crowd? Jangan cakap. Im happy for the whole day. Alhamdulillah, memang ramai. Kelihatan seorang staff sedang berusaha menenangkan crowd yang ramai. Ecewah.

Staff yang jaga kaunter kesihan betul. Dia tak tahu apa-apa event yang berlaku kat luar. Sampai dah balik baru tahu, “Eh kak banyaknya orang bagi bunga dekat luar ni, saya tak tahu apa-apa” Alahaii. Memang staff yang jaga kaunter I tak bagi ganti-ganti orang,  takut sistem kelam-kabut nanti.

Ni Mira, founder House Of Jazaba, datang dari Cheras. Siap bagi hijab tutorial lagi untok customers Grandeur! Rugi nya siapa tak datang aritu!

20141115-102418 pm-80658393.jpg

Gambar semua gold staff Grandeur! Ni lah semua yang membanting tulang menjayakan dari persiapan sampai lah ke opening boutique. 2 orang permanent staff, Ainon dan  Wanie. 2 orang sahabat saya, Yun dan Nana. Seorang anak buah, Nadia. Gold adalah uniform rasmi butik Grandeur!

InsyaAllah, Grandeur akan kerap buat event dalam 2 bulan sekali. Next event maybe nak buat hijab tutorial. Doakan kejayaan butik Grandeur ok? Kalau datang Johor, jangan lupa singgah!

2 responses so far

Nov 09 2014

Welcome Lela!

Published by under Spare me 100 bucks!

……Nama baru untuk member baru.

Welcome to the family! Comelnya nama dia Lela! Lela ni sebenarnya accidently terbeli je. Pergi lowyatt sebab nak cari handphone for my boutique staff tapi terbeli Lela pula. Budget handphone dah lari kah kah kah.

20141109-092006 pm-76806800.jpg

Sejak Kobis jahanamkan Dollah (my dell laptop) nak menaip Dollah kena ada extension keyboard. Tu pun kena merangkak senyap senyap tengah malam bila Kobis dah tidur, baru dapat siapkan report patient. Ingat lepas ni nak curi-curi masa buat perinatal report dekat klinik je. Tak ada lah kobis kacau. Tapi menjadi sangat tidak cool bila bawa laptop takde gigi siap dengan extension keyboard letak atas meja klinik, patient tengok pun boleh jatuh simpati dibuatnya.

20141109-080715 pm-72435183.jpg

20141109-080715 pm-72435884.jpg
Lela ringan, tak berat. Kecil pula. Okay sangat untuk tujuan hanya siapkan homework report atau browsing sikit-sikit. Bukan nak guna software berat-berat pun. Kali ni I tak beli warna pink, I pilih color grey bluish ni. Baru lah nampak macam dewasa anak satu. Eceh. Harga sangat berpatutan, RM930 sahaja siap free 8 accesories lain. Zaman sekarang ni beli laptop lagi murah daripada beli handphone. Dulu nak beli laptop harga nak dekat RM4k siap kena score straight A exam baru dapat hadiah laptop.

Bagi sesiapa yang nak beli gadget di Plaza LowYat, I suggest kan cari kedai di tingkat atas-atas. Makin tinggi makin murah. Tak tau apasal. Harga pasaran ikut graviti kot ! Kalau I pergi Lowyat atau mana-mana tempat shopping yang banyak pencabar sampai tak tahu nak beli dengan siapa, I prefer cari dengan orang Melayu. Saja nak membantu business orang melayu. Ni I beli dengan abang-abang yang sabar best dan explain macam-macam tentang laptop ni sampai I pun terpengaruh. Korang boleh cari dekat,

QSL System Enterprise
Lot 3 lt, K015, Tingkat 3,
Plaza Lowyat

20141109-080716 pm-72436589.jpg

Testing! Okay nampaknya si kubis tak berjaya nak kopik keypad yang baru ni.

No responses yet

« Prev - Next »

| |