Archive for the 'Wasn’t That Funny?' Category

Sep 27 2011

Once upon a time..

Published by under Wasn't That Funny?

there lived a very cute girl.

Blugh. Okey I lie.

Friend of mine uploading this picture in her facebook. Siyot. -_-

This picture proof the real me.

Oh my goodness. -_-

Nooo. I’m not rongak! It’s a pearl from cool blog. Haha bongok tak?

13 responses so far

Mar 02 2011

Ice ice babeh!

Scene di dalam ward, hospital.

Seorang banduan yang muntah-muntah selama 3 hari berturut-turut dimasukkan ke dalam wad. Seperti biasa, setiap kali ada patient baru, kena lah tanya apa keluhan dan masalah patient.

Dr. T: Awak sakit apa?

Banduan: Saya muntah-muntah doc.

Dr. T: Boleh saya tau, agak-agak kenapa awak muntah-muntah?

Banduan: Saya nak bagitahu rahsia saya ni, supaya doc boleh ubati saya. Saya tak nak lah rahsia-rahsia.

Dr. T: ??? Kenapa ye? Boleh cerita dekat saya?

Banduan: Saya amek “Ice” doc. Saya rasa sebab dah 4 hari saya tak amek “Ice”, saya jadi muntah-muntah.

Dr. T: OOOOH. Tak apa. Dulu kecik-kecik saya pun suka amek ice. Tapi sekarang dah tak lagi lah sebab gigi saya nyiluuuu.

Polis-polis berhampiran: KAH KAH KAH KAH.

Biadap. Semua ketawa. T_T

49 responses so far

Jan 25 2011

Merah menyala menyirap darahku.

Published by under Wasn't That Funny?

Anda pernah mengalami masalah yang sampai menyirap bandung di khayalak ramai tak? Lagi-lagi kalau dia membabitkan beribu-ribu ringgit. Kadang-kadang emosi kita boleh maintain cool, tapi kalau dah melampau dan berulang ulang kali terjadi, amboi amboi kau ingat aku lembu yang tidak ada emosi dan perasaan? Eh eh tahu lah aku penggembala lembu, tapi aku tak macam lembu tau.

Last week, seperti yang stated dekat blog, I went on holiday to Yogyakarta. Eceh holiday lah sangat. Okay ignore bout the holiday thingy, yang penting nak cerita sekarang. AKU BENGANG.

I booked a flight ticket by phone. Biasalah kalau kita order by Internet, asik-asik failed. Macam-macam lah cakap server down lah apalah. Macam-macam kerenah. Jadi dengan segera call hotline. Dah lah berjam-jam tunggu untuk dapat cakap on the phone with the operator yang sleng mat saleh lah konon-konon.

“Hello, I want to book a flight ticket to Yogyakata please”

YOGYAKARTA. YOGYAKARTA. YOGYAKARTA

Repeated the word YOGYAKARTA banyak kali. Sebab I tahu, flight to Yogyakarta hanya sekali dalam sehari. But the operator bajet mat saleh tu cakap, now it has 3 flights to Yogyakarta a day. FINE.

Lepas itu lebih mahal pulak tu. Because I checked from Internet, harga dalam rm200++ , bila beli by phone jadi rm400++

AMBOI AMBOI PENIPU.

Sabar lagi. Selagi boleh sabar.

Kemudian kami pun dengan excited nak terbang. 2jam sebelum dah datang, yeay nak terbang. yeay tak sabarnya. Sekali rupa-rupanya, operator bajet mat saleh tu bagi kami ticket to JAKARTA. Perghhhhhhhhhh.

“HEY I CAN SUE YOU!”

“OKAY WE WAIT FOR YOUR LETTER”

Menyirap. Bila kita ada masalah, mereka bukan nak bagi solution, nak selami masalah kami. Kami dah rugi ribu-ribu ringgit (sebab beli 4 flight tickets). Mereka just cakap “Sorry, tak ada cara lain. Kena beli ticket baru for tomorrow flight” dengan muka bajet bangga gila beruniform merah merah tu. ELLEH GUA TAK HERAN. SERIOUS.

Siapa ada dekat LCCT pada hari itu dapat tengok acara Totin mengamuk di khalayak ramai. Sampai kawan lelaki saya disebelah pun tergamam tengok I mengamuk, tak berani nak tegur sebab dia kata dia takut I bukak silat gayung nanti tiba-tiba.

Mungkin ini kali terakhir kami sekeluarga menggunakan perkhidmatan penerbangan merah menyala menyirap darahku.

Assalammualaikum.

23 responses so far

Dec 04 2010

Dah tengok cerita Ngangkung ke belum?

Published by under Wasn't That Funny?

Untitled-2

Sampai hati korang. Kau sama kan aku dengan watak hantu?

Tsk! -_-

[This is a schedule auto update post]

10 responses so far

Sep 30 2010

Ini adalah satu kisah tragis.

Published by under Wasn't That Funny?

Yes tragis untuk I bukan untuk anda. Hilang blackberry sama macam kematian anak. Kalau hilang sebab tercicir atau atas kelalaian diri sendiri is okay. Tapi hilang sebab dicopet, memang betul-betul diluar tabii’ ! HAIP!

6 tahun I duduk Jogja. 6 tahun siot I mengekalkan status tak pernah kena rompak. Tak pernah kena curi dalam bas. Kawan-kawan naik bas mesti pernah ada status hampir dirompak. Saya tak pernah. Saya tak pernah! Eceh bangga lah tu.

HAMEK KAU. BLACKBERRY BOLD 9700 yang dirompak. Kenyang betul penyamun itu. Kenyang makan duit haram menjual blackberry I. =_=

Kronologi kejadian:

  • Seperti biasa setiap kali naik bas, I akan meletakkan blackberry case dalam bag selempang. Baju coat putih I pegang di tangan.
  • Naik dalam bas, I akan cari seat yang kosong. Jadi I akan duduk seorang seorang dekat seat itu. Kemudian I akan pakai coat dalam bas.
  • Ada 4 orang di dalam bas. Satu makcik mana entah. 2 orang lelaki duduk asing-asing pada seat belakang.
  • Blackberry tetap maintain dalam bag. Tak boleh keluarkan blackberry dalam bas, bahaya.
  • Masa nak turun bas, eh eh semua nak turun dekat hospital. Sebuk je semua ni. Makcik depan I pulak terhegeh-hegeh turun tangga bas. Lamanya. Mamat belakang ni pehal himpit-himpit ni? Relax la beb! Mamat lagi sorang ni apasal cangkung? Kau nak terberak ke?
  • Biasanya setiap kali turun bas, I akan pegang zip bag. Memang dah biasa protect bag sendiri. Tapi sebab mamat belakang ni himpit-himpit, ee geram aku!
  • Turun bas, check bag, sebab nak ambil blackberry letak dalam kocek coat putih. SHITTTTT! Bag selempang ku sudah ternganga luas.
  • Cepat-cepat toleh belakang. Mamat 2 orang itu tak turun bas pon! Shaiton Nirrajim!

Memang lemah longlai sahaja waktu itu. Sampai tempat kerja terus cari kawan-kawan. Terus menitis air mata tik tik tik. Hwa kememehnya saya. Okay boleh bayangkan I tiba-tiba menangis dan tak bagitahu sebab apa. My friend was like ‘Kamu kenapa? kamu diperkosa?’ Gubrakkkk!

Okay pengajaran. Lepas ini kalau naik bas ada orang himpit himpit tak tentu pasal, kena cakap ‘Ey ey ey.. jangan dekat! Bukan muhrim. HAIP!”

Hai, birthday saya nak dekat!
*kenyit mata*

16 responses so far

« Prev - Next »

| |